Monday, August 2, 2010

Makan malam ulang tahun DAP meriah



TELUK INTAN, 2 Ogos : Makan Malam Ulang Tahun ke-44 DAP telah diadakan di Dewan SJK (C) San Min Teluk Intan. Ia telah dihadiri oleh pimpinan tertinggi DAP seperti YB Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak YB Datu Ngeh Koo Ham dan beberapa orang ahli parlimen DAP.

Turut hadir ialah beberapa orang wakil rakyat dan pemimpin PAS serta PKR.


Bagi pihak PAS Teluk Intan telah diwakili oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan yang diketuai sendiri oleh YDP iaitu Ustaz Hj. Ismail Che Nik. Turut hadir juga ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin yang turut mewakili PAS negeri Perak.

Selain itu, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat kawasan turut hadir ke majlis tersebut di samping wakil-wakil cawangan PAS.




Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam dimulai dengan ucapan oleh YB Lim Kit Sian yang begitu bersemangat menyatakan akan keyakinan pimpinan PR dan rakyat untuk mengambil alih semula pemerintahan negeri Perak malahan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Turut menyampaikan ucapan ialah YB Datuk Ngeh Koo Ham, ahli Parlimen Segambut YB Lim Lip Eng, ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Cheng, ahli parlimen Petaling Jaya Utara YB Tony Pua, serta ahli parlimen Teluk Intan YB Manogaran.





Kebanyakan isi ucapan adalah berkenaan isu semasa seperti pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Leong Sik dalam isu PKFZ, isu perkauman mainan UMNO/BN, keadilan an kebajikan rakyat.

ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin turut diberi pelang menyampaikan ucapan sebagai mewakili PAS. Di hadapan hadirin yang majoritinya kaum Cina, YB Anuar banyak memperkatakan tentang kebaikan nilai-nilai Islam yang amat sesuai dipraktikkan dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.



Beliau juga menyatakan sudah sampai masanya untuk rakyat memilih PR di dalam PRU13 akan datang setelah ternyata kerajaan BN sekarang gagal mendepani setiap masalah rakyat serta ditambah pula dengan isu-isu dalam parti BN.Intanhijau

No comments: