Sunday, September 5, 2010

Polis hambur kata-kata perkauman kepada mangsa ragut


SHAH ALAM,5 Sept. : Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menuntut pihak polis memohon maaf secara terbuka kepada mangsa ragut, Loh See Mooi yang telah dihamburkan dengan kata-kata bersifat perkauman oleh seorang pegawai penyiasat ketika membuat laporan polis berhubung kejadian ragut terhadap dirinya.

Lip Eng juga memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan untuk mengumumkan hasil siasatan terhadap pegawai polis tersebut.

Hari ini atas arahan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar, pegawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai 'Inspektor Shabudin' dari Balai Polis Kepong ditugaskan ke bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan terhadapnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Muhammad Sabtu Osman memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan tidak akan melindungi mana-mana anggota polis yang didapati melanggar etika kerja.

Ini berikutan laporan polis yang dibuat terhadap pengawai penyiasat tersebut oleh mangsa ragut bernama Loh See Mooi semalam di balai polis tersebut yang medakwa Inspektor Shabudin menyuruhnya pulang ke China sekira tidak mampu bercakap Bahasa Malaysia.

Dalam laporan polis beliau, See Mooi, 51, berkata beliau telah dirujuk kepada Inspektor Shabudin untuk siasatan lanjut laporan polis yang dibuat pada hari yang sama berhubung kejadian ragut terhadapnya.

Beliau diringi anak perempuannya Fong Ay Lian dan Lip Eng ke balai polis itu.

"Apabila dsampai di pejabat Inspektor Shabudin, Ay Lian mula bercakap dengan Inspektor Shabudin dengan bahasa Malaysia tetapi Inspektor Shabudin enggan bercakap dengan Ay Lian sebab dia bukan pengadu.

"Inspektor Shabudin seterusnya berkata dengan saya,' Jika tak tak tahu cakap Bahasa Melayu, balik China.' Saya pun menjelas kepada beliau bahawa adalah hak saya untuk berada di Malaysia sebab saya warga Malaysia. Inspektor Shabudin kemudian pun mengambil kenyataan saya seperti tiada apa telah berlaku," kata See Mooi dalam laporan polis beliau.

Beliau mendesak agar Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan mengambil tindakan lanjut terhadap pegawai penyiasat tersebut.Lip Eng berkata pihak polis sepatutnya melayan semua pengadu atau mangsa jenayah dengan rasa hormat serta membantu sedaya yang boleh dan bukannya menghalau mereka atau memberi layanan buruk.

"Saya mengalu-alukan tindakan segera Ketua Polis Negara yang baru tetapi kita akan tengok dan lihat sejauh mana beliau akan bertindak untuk memperbaiki imej polis," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

No comments: