Sunday, October 3, 2010

Budayakan pembacaan Al- Quran

IMG_0738.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 3 Okt. : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf muslimat yang menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya.

Pengarah Majlis Khatam Al Quran Azizah Awang berkata, Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan lebih 60 orang muslimat diadakan bertujuan membudayakan pembacaan Al-Quran di samping merapatkan persaudaraan Islam.

“ Khatam Al Quran bukanlah memberi kita lesen untuk menyimpan Al Quran di rak buku dan meninggalkan bacaannya. Bukan juga memberi lesen kepada kita untuk tidak lagi belajar ilmu Al Quran.

“ Kita bukan sahaja membaca Al Quran malah perlu mendalami dan memperhalusi lagi pengajian Al-Quran, bahkan mengkaji dan mempraktikan apa yang terisi di dalamnya” katanya ketika ditemui di Pusat Tarbiyyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

Azizah berkata, amalan membaca Al Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.

Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.

kepentingan membaca al-quran dan memahami serta beramal dengannya kerana Al Quran itu adalah sebuah kitab yang tiada keraguan didalamnya dan menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa” katanya

Sementara itu , Ustazah Hamisah Hamzah telah menyampaikan tazkirah menerangkan kelebihan-kelebihan membaca Al Quran .

“ Allah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

“ Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya” katanya

No comments: