Tuesday, November 30, 2010

Kesavan mangsa terbaru Ganeson


















IPOH, 30 Nov. : Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang dipertikai statusnya oleh Pakatan Rakyat, kembali mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengusir ADUN Hutan Melintang S Kesavan keluar dewan hari ini.

Menurut A Ganeson, Kesavan diusir atas alasan berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.

Pada sesi pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Walau dihalang Ganesan, ADUN Hutan Melintang itu berkeras berkata beliau adalah wakil rakyat, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.

Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.

Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.

Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan dewan.

Dalam satu satu sidang akhbar selepas berakhir Sidang DUN Perak di Ibu Pejabat DAP lewat tengahari tadi.

Beberapa perkara yang bercanggah dengan peraturan telah disuarakan dengan tidak puas hati oleh sebilangan ahli dewan dari Pakatan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker Ganesan yang kurang arif berkaitan peraturan dewan telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar.

"Hal ini sangat mendukacitakan, beliau(Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan dimana rujuknya. Ini satu penganiyaan yang jelas lagi terang kepada anggota Dewan dari Pakatan Rakyat," katanya.

Jelas Nizar lagi, apakah kerana usul besar yg diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku keatas beliau.

Dalam sidang media yang sama, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.

Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.

No comments: