Friday, November 19, 2010

Noh Omar amal politik murahan


SHAH ALAM, 20 Nov. : Datuk Noh Omar tidak harus mencari modal politik murahan dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum beliau mendedahkan bukti bahawa Yayasan Selangor membelanjakan lebih RM800,000 untuk sambutan ulangtahun ke 40.

Tuntutan maaf dari Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang Exco sebagai syarat untuk beliau mengemukakan bukti adalah permainan politik dan bukan atas kepentingan rakyat.

Jika kepentingan rakyat yang diutamakan, maka sudah tentu Noh selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor, memberi segala "bukti" yang ada, bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan diambil.

Yang nyata ialah Sultan Selangor dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan Yayasan Selangor membelanjakan wang sebegitu besar untuk sambutan ulangtahun.

Samada ada ia RM300,000 untuk majlis makan atau RM800,000 untuk keseluruhan sambutan adalah perkara kedua dan pasti akan terungkai dengan siasatan yang dijalankan.

Perkara pokok adalah pembaziran berlaku dan kerajaan Selangor sudah pun mengambil tindakan dengan mengarahkan juruaudit untuk menjalankan pemeriksaan rapi.

Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor untuk bercuti sebulan sementara siasatan terperinci dijalankan.

Semalam satu lagi tindakan susulan dijalankan - iaitu melarang semua anak syarikat negeri untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi penganjuran majlis kecuali kalau benar-benar perlu.

Semua tindakan ini mencerminkan keseriusan sebuah kerajaan negeri yang mahu mengekang keborosan dan ketirisan, berani mengambil tindakan apabila diperlukan serta tidak menutup kebenaran.

Jauh berbeza dengan dakwaan penyelewengan wang dan salah guna kuasa membabitkan bekas menteri besar Khir Toyo.

Umum tahu mengenai konsesi air lumayan yang diberikan kepada syarikat kroni. Syarikat berkenaan mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus yang akan membebankan seluruh rakyat Selangor.

Noh Omar juga berdiam diri apabila siasatan rasmi kerajaan mendapati Khir Toyo membawa rombongan dan seisi keluarga ke Disneyland di Paris dan Orlando Amerika Syarikat pada kos RM1.7 juta ringgit.

Pendedahan-pendedahan ini hanya secebis dari salah urus kerajaan Umno-BN khususnya ketika zaman Khir Toyo memerintah.

Jika Noh Omar ikhlas mengutamakan kepentingan rakyat dan mahu membuat pendedahan mengenai salah laku, salah urus dan penyelewengan, beliau harus mengemukakan sahaja bukti yang ada, tanpa memilih bulu.

Noh Omar juga harus berani berterus terang mengenai masalah petani-petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat penarikan balik subsidi baja dan pemberian racun serangga yang tidak berkualiti .

Itu hanya secebis daripada keperitan petani yang terpaksa bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang di pimpin oleh Noh sendiri.

Tidak ada keperluan untuk beliau atau sesiapa menghantar konco-konco memukul mana-mana ADUN yang cuba menyelesaikan masalah petani terbabit di Barat Laut Selangor khususnya di Tanjong Karang, walaupun Noh adalah Ahli Parlimen kawasan itu.

SPRM dialu-alukan siasat Yayasan Selangor

SHAH ALAM, 20 Nov. :
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya Datuk Seri Noh Omar menyerahkan semua bukti Yayasan Selangor 'membelanjakan lebih RM800,000 untuk majlis ulang tahunnya' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Abdul Khalid berkata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani lebih tahu seharusnya menyerahkan semua bukti yang didakwa dimilikinya itu kepada SPRM bagi membantu suruhanjaya menyiasat (perbelanjaan) Yayasan Selangor.

khalid ibrahim"Saya juga ada jumpa dia (Noh) di masjid tadi dan isu ini juga masih dalam penyiasatan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong dan doa selamat pembinaan Masjid Baru Pekan Jeram, di Kuala Selangor hari ini.

Mengulas mengenai pejabat yayasan itu didatangi SPRM semalam, Abdul Khalid berkata itu tugas SPRM dan selaku pengerusi yayasan berkenaan beliau sedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

noh omar"Saya juga telah menghubungi pegawai di Yayasan Selangor dan meminta mereka memberikan kerjasama kepada SPRM.

"Saya amat mengalu-alukan siasatan SPRM supaya isu ini lebih terbuka dan ia satu usaha yang baik untuk mengemaskini pentadbiran kerajaan negeri agar lebih telus dan bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ketika ditemui di Tanjong Karang berkata beliau difahamkan Pemuda UMNO negeri itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi berhubung isu yayasan itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran berhubung laporan itu.

"Saya dimaklumkan kerajaan Selangor telah melantik badan audit profesional untuk meluluskan penganjuran sebarang aktiviti dan saya minta mereka dedahkan laporan perbelanjaan berkaitan isu itu (Yayasan Selangor) kepada rakyat," katanya.

No comments: