Tuesday, November 16, 2010

Tarif air naik di Johor, blogger dan media pro Umno diam membisu



JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

No comments: