Tuesday, December 7, 2010

5 Ahli Parlimen PR digantung










KUALA LUMPUR, 8 Dis.: Lima orang ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung Speaker Dewan Rakyat sehingga jam 2.30 petang hari ini.

Ahli Palimen Tian Chua, Azmin Ali, N Gobalakrishnan, Azan Ismail dan Yusmadi Yusof digantung atas alasan mempertikaikan keputusan speaker.

Sebelum ini Azmin memohon penjelasan dari Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia mengapa usul meminta penjelasan saksi dan bukti yang boleh membantu Ketua Pembangkang membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, bagaimanapun ditolak dewan.

Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.

Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.

Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: