Sunday, December 19, 2010

Mansuh Felda Plantation yang menindas peneroka

Batal Felda Plantation Untuk Bela Nasib 79,000 Anak Peneroka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibsr_DuUo7WKv8ReF7lHl7MBeJc-Xx75GNpvBQOP1mBhsZ7Utn4UGtqOnzAjfIA4ONCyODiB6SIVwGSJ_mCULC-HuD2v2wS29YeUvVInX1tLp7B4D-_IWHibtjTvPnOGOKEtQQmkkqxFYZ/s400/mazlan+aliman.jpg

KEPALA BATAS 19, Dis. : Pengerusi lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk memansuhkan Felda Plantation.

Ujar, Mazlan dalam sesi perbahasannya hari ini berkata, dengan membatalkan Felda Planttation ini, sekurang-kurangnya 79,000 nasib anak peneroka akan terbela.

"Saya menyokong penuh ucapan Datuk Seri Wan Azizah dalam 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, perkara paling besar yang harus dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah memansuhkan Felda Plantation," kata Mazlan.

Menurut Mazlan, perjuangan masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda telah memasuki fasa kritikal untuk mempertahankan survival peneroka.

Dalam program 100 harinya turut merancang melaksanakan reformasi ke atas organisasi yang bertanggungjawab menguruskan Felda Plantation bagi membuka ladang-ladang diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga anak peneroka.

Justeru katanya, beliau mencadangkan agar Pakatan Rakyat, parti yang sekian lama memperjuangkan hak rakyat, menggubal semula akta-akta yang menzalimi nasib para peneroka.

"Saya mencadangkan apabila kita memerintah akta GSA 1960 yang menjadi kekangan ini digubal semula bagi menjamin hak berdasarkan kaedah farait," tegas Mazlan.

Selain itu, beliau menggesa kebebasan diberikan kepada para peneroka untuk membuat keputusan sendiri dalam pelbagai isu penerokaan, demokrasi dalam memilih pemimpin serta badan-badan yang wujud di skim Felda juga harus dikembalikan.

Malah wang Tabung Tanaman Semua (TTS) juga harus dikembalikan kepada peneroka yang memilih untuk menanam semula secara persendirian secara automatik, mewujudkan semula jawatan Pegawai Agama di semua rancangan Felda serta memastikan 30 peratus kakitangan Felda serta anak–anak syarikat Felda diisi oleh anak-anak peneroka.

"Apa yang berlaku di tanah rancangan Felda ialah soal perjanjian-perjanjian berat sebelah.Perjanjian di antara peneroka dan Felda,perjanjian di antara peneroka dan Felda selepas hak milik, perjanjian taman semula dan pengurusan kebun,perjanjian pemulihan kebun,perjanjian tanam semula untuk tempoh 36 bulan.

"Kesemua klausa-klausa dalam perjanjian ini daripada A sampai Z peneroka hanya bersetuju sahaja," tambahnya lagi.

Tambah Mazlan, cukuplah selama ini masyarakat peneroka hidup dalam kesengsaraan dan perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan Felda sahaja.

"Apa yang berlaku di tanah rancangan Felda ialah soal perjanjian-perjanjian berat sebelah. Perjanjian di antara peneroka dan Felda,perjanjian di antara peneroka dan Felda selepas hak milik, perjanjian taman semula dan pengurusan kebun,perjanjian pemulihan kebun,perjanjian tanam semula untuk tempoh 36 bulan.

"Kesemua klausa-klausa dalam perjanjian ini daripada A sampai Z peneroka hanya bersetuju sahaja.

"Saya mencadangkan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, maka pentadbir tanah peneroka, dasar mengenai hak dan keadilan bagi masyarakat Felda, perjanjian-perjanjian ini dirombak semula bagi memberi keadilan kepada masyarakat Felda," tambah Mazlan lagi.

2 comments:

azumisan said...

kenapa nak mansuhkan FELDA plantation?? macam mana saya nak kerja?? macam mana ayah saya nak kerja??? ini sudah menindas rakyat...jgn hilangkan kepercayaan saya kepada PR

Anonymous said...

Bukan nak mansuh terus, nak ubah jadi FELDA Plantation yang menguntungkan peneroka.

Ayah hang keja seperti biasa la. ada ka masa pr perintah pegawai kerajaan kena buang, mana ada? Bn ada