Sunday, December 19, 2010

Karpal sokong Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia

http://thestar.com.my/archives/2008/5/10/nation/n_pg10karpal.jpg



















KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Karpal : Perketatkan Pemilihan Calon PRU

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, meminta Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan berwaspada memilih calon untuk dipertandingkan dalam pilihanraya mendatang.

Di hadapan perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-II petang tadi, Karpal berkata Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bersikap mudah dalam soal ini, memandangkan beberapa wakil rakyat gagasan itu telah melompat ke Barisan Nasional.

Dalam teguran terbukanya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Karpal berkata keengganan menghayati tegurannya telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat tercalar.

"Saya memberi amaran kepada Dato Seri Anwar untuk tidak menerima Zaid Ibrahim ke dalam PKR. Saya kenal siapa Zaid, saya terlibat dalam dunia guaman lebih 41 tahun, dan saya tahu orang itu tidak boleh dipercayai," katanya.

No comments: