Monday, December 27, 2010

Pemimpin Umno takut rahsia terdedah

Pemimpin Umno-BN Takut Rakyat Tahu Rahsia 1 Malaysia Terdedah

SHAH ALAM 27 Dis. : Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sebenarnya takut dan gusar dengan 1 Malaysia selepas konsep itu didakwa diciplak daripada One Israel dan didedahkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Ujar Shamsul, Anwar sebagai Ketua Umum PKR merupakan Ahli Parlimen yang telah membuat keputusan atau tindakan mempertikaikan 1 Malaysia yang diciplak daripada 'One Israel' melalui syarikat perunding yang dilantik, Apco Worldwide.

"Anwar sebagai Ketua Umum PKR adalah Ahli Parlimen yang telah membuat keputusan atau tindakan mempertikaikan 1 Malaysia yang ada persamaan yang jelas dengan 'One Israel'.

"Sebab itu, kebanyakkan pimpinan Pakatan Rakyat konsisten dengan pendirian bahawa 1 Malaysia lebih kepada slogan retorik politik semata-mata dan tidak menjuruskan kepada isu pokok dalam pentadbiran atau pun yang dicakapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai slogan negara.

"Ianya lebih kepada pendekatan atau pun slogan politik pimpinan Najib hasil nasihat daripada syarikat perunding, Apco Worldwide yang mempunyai persamaan dengan 'One Israel'.

"Sebab itu kita di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri misalnya mengambil keputusan mengharamkan atau pun mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang mempromosikan slogan retorik 1 Malaysia kerana kita merasakan bahawa ianya lebih kepada politik bersifat hipokrasi.

Ujar beliau, kalau dilihat secara objektif pengisian 1 Malaysia sehingga sekarang hanyalah berbentuk kosmetik, berbentuk luaran misalan seperti Klinik 1Malaysia, Yayasan 1 Malaysia dan tidak kepada persoalan membabitkan hubungan antara kaum, kemajmukan budaya, agama dan sebagainya.

"Apabila Anwar mengambil sikap menyerang secara terbuka konsep 1 Malaysia di dalam Parlimen dengan menyatakan ia merupakan ciplakan 1 Israel atas nasihat Apco dan membelanja wang sebanyak RM77 juta, yang merasa bimbang dan gusar dengan 1 Malaysia adalah pemimpin di kalangan Umno-Barisan Nasional itu sendiri.

"Kita yakin, akhirnya yang akan memberikan kemenangan dalam pilihan raya dan keyakinan rakyat bukanlah sekadar slogan tapi pengisian yang cuba dipaparkan oleh pemimpin Umno-BN dalam konsep 1 Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemuda Dapsy Anthony Loke berkata tidak timbul isu Pakatan Rakyat takut kepada konsep 1 Malaysia yang hanyalah merupakan retorik politik Umno-BN.

"Tidak timbul apa-apa takut kerana ini merupakan satu retorik politik iaitu 'cakap tidak serupa bikin' semata-mata untuk menunjukkan bahawa BN ini 'inclusive' untuk semua kaum tetapi hakikatnya tidak menunjukkan semangat 1 Malaysia.

"Bukan sahaja antara kaum tetapi antara wilayah atau negeri pun tidak menggambarkan 1 Malaysia seperti negeri Pakatan Rakyat yang tidak mendapat layanan daripada kerajaan Persekutuan.

"Ini merupakan satu retorik politik yang rakyat tidak akan tidak terpedaya,"ujar beliau.

No comments: