Thursday, February 17, 2011

Keluarga Hosni Mubarak kaya raya di Mesir, keluarga Najib dan Mahathir kaya raya di Malaysia

Persamaan Malaysia dan Mesir adalah sistemnya - Anwar

GOMBAK, 17 Feb: Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.

"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir
yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.

Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.

Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.

Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.

"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.

Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.

3 comments:

Anonymous said...

Mereka ni tak belajar sejarah.Mana ada pemimpin dan bangsa yang terunggul boleh memerintah selama-lamanya.Tak pa..cara yang mereka buat tu mempercepatkan proses tumbangnya kerajaan kebanggaan mereka U B END.

ALahaI sI LunCAi said...

NUAR BRAHIM TAK KAYA KA? TAK BUAT KERJA APAPUN BUAT RUMAH 12 JUTA.
BAJU BINI DIA LAPAN RIBU SEPASANG. NAK KAYA TARA MANA LAGI?

Anonymous said...

hang boleh fitnah sahaja luncai, baik perut boroi. tunggu pecah perut hang luncai