Saturday, February 26, 2011

Sensasi : Habislah PAS dan PKR kali ini, ribuan ahli PAS & PKR keluar parti

Menjelang mana-mana PRK (terkini Kerdau dan Merlimau) atau PRU maka berbondong-bondonglah diberitakan ahli PAS dan PKR serta pemimpin kedua-dua parti ini yang akan keluar parti untuk menyertai Umno.

Saya tidak pernah mengira tapi kononnya sejak beberapa tahun yang yang lalu mungkin telah belasan ribu ahli PAS & PKR yang diberitakan oleh media perdana serta portal pro Umno yang menyertai parti tersebut.

Anehnya walau pun demikian yang di war-warkan, namun keputusan penuh liga PRK "M" tidak pula menyaksikan kemenangan penuh kepada Barisan Nasional.

Jika ini lah keputusan nya maka nyatalah bahawa berita serta portal pro-umno memang tidak berguna langsung kepada kita semua sebagai rakyat jelata tetapi bagus juga untuk penyokong parti mereka supaya tidak perlu bekerja keras lagi kerana sudah semakin ramai menyertai mereka dan mereka bakal menang mudah dalam setiap PRK dan PRU.

Terkini laman sesawang Bernama melapurkan bahawa sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin PAS menyertai Umno Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.

Ketua Umno bahagian itu Zawawi Othman berkata mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.

"Ramai lagi anggota PAS terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di Pasir Puteh hari ini

Beliau berkata antara yang menyertai Umno itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa PAS cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.

Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang diluar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada BNl untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Sementara itu, bekas bendahari PAS cawangan Tualang Rendah Wan Mahmood Wan Abas, 56, yang ditemui pemberita pada majlis penyerahan borang tersebut berkata beliau merasa tertipu dengan parti yang disertainya sejak 30 tahun lepas.

Ini kerana katanya, tidak ada apa yang disumbangkan PAS kepada masyarakat sepanjang beliau memperjuangkan parti tersebut.

Bekas anggota jawatankuasa Muslimat PAS cawangan Kampung Wakaf Bunut, Saripah Mamat, 38, pula berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang banyak bercakap tetapi gagal membantu rakyat yang susah.

Berbanding PAS, Umno tidak banyak bercakap tetapi sibuk membantu rakyat terutama dalam persekolahan anak-anak menerusi program seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diberi setiap tahun, katanya.

Membaca cerita rekaan tulisan Bernama ini membuatkan ramai boleh kecut perut dan Kerajaan PAS Kelantan boleh tumbang bila-bila masa jika Pilihnaraya diadakan.

Malangnya dengan pertolongan laman sesawang Bernama dan Portal Umno ini Umno Kelantan terus syok sendiri kerana semakin di beritakan pimpinan dan ahli PAS yang keluar parti maka semakin KURANG pula kerusi DUN yang dimenangai oleh Umno dan Barisan Nasional di Kelantan sehingga bakal Menteri Besar Umno pun tumbang tertongeng dan tergolek-golek di DUN sendiri.

Sementara itu, diberitakan juga sekumpulan 154 anggota sayap wanita PKR di Perak turut bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti khususnya sayap itu.

Diketuai bekas naib ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor, mereka mengemukakan borang keanggotaan kepada ketua Wanita Umno Perak Datuk Rosnah Kassim.

Dalam sidang media selepas itu, Rosnah berkata tindakan anggota Wanita PKR Ipoh Barat dan Tambun tersebut mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat bekas anggota PKR sebelum ini bahawa ada yang tidak kena dengan parti pembangkang terbabit.

Justeru kata beliau, PKR tidak wajar menuding jari kepada Umno dan BN sebagai punca semakin ramai anggota mereka bertindak keluar parti.

Sementara itu, Siti Aminah berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya itu berpunca daripada rasa kecewa dengan pucuk kepimpinan PKR.

"Selain itu kami melihat dan terbukti perjuangan PKR dan kepimpinan mereka adalah untuk kepentingan peribadi mereka dan bukan untuk kebaikan kami dan rakyat jelata," katanya.

Ini kerana kata beliau, perebutan kuasa menyebabkan pucuk pimpinan lupa anggota di akar umbi yang selama ini bertungkus lumus menghidupkan PKR sebelum tsunami politik pada 2008.

Turut menyerahkan borang keanggotaan Umno hari ini ialah 34 wanita yang tidak pernah menyertai sebarang parti politik sebelum ini.Parlimen Kota Raja

3 comments:

leekonyou said...

alahai kita GONGXI KONGSI INFO INI YA........SORRY PAS, DAH TERLAMBAT..
Tiba-tiba nak PRU13 baru PAS nak pandai bercakap mengenai memperjuangkan bangsa Melayu.

SORRY PAS, DAH TERLAMBAT.

Mana suara PAS apabila Nurul Izzah mengatakan hak orang Melayu dalam Perlembagaan adalah bersifat sementara?

Mana suara PAS apabila Anwar mengatakan boleh kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain?

Mana suara PAS apabila Azizah melaungkan tidak ada lagi ketuanan Melayu?

Mana suara PAS apabila idea pluralisme cuba ditegakkan oleh ahli politik PR?

Mana suara PAS apabila orang Melayu dituduh perkauman sedangkan mereka cuma bersikap responsif?

Mana suara PAS pada masa itu?? tidurkah di bawah ketiak busuk Lim Guan Eng dan Kit Siang?

SORRY PAS, DAH TERLAMBAT.
Posted by Azlan Shafiee at 6:27 PM

Anonymous said...

ni mana mari dayak bodoh umno ni. Pejuang Melayu apa dayak ni?

nama cina tong cai mana, kata pejuang melayu. Sedut kentut Ro$mah terlebih la ni

Anonymous said...

kah!kah!...lawak,lawak....