Thursday, March 10, 2011

BN menang PRK bukan isyarat rakyat seluruh negara sokong BN

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/UHT.JPGKUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib menasihatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai isyarat rakyat di seluruh negara menyokong BN sepenuhnya.

Menurutnya, ia sama sekali tidak boleh dijadikan penanda aras untuk menentukan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang, sambil menjelaskan pertambahan sokongan itu hanya berlaku di kedua-dua DUN itu sahaja tanpa melibatkan DUN lain yang tidak bertanding.


Beliau turut mengingatkan bahawa pembangkang juga telah menang beberapa kali di beberapa kerusi dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

“Memang betul rakyat sokong BN tetapi di kawasan itu sahaja dan ia tidak boleh dijadikan ukuran untuk tentu kedudukan mana-mana parti politik dalam pilihan raya umum nanti.

“Pada peringkat awal pilihan raya kecil dulu pun, pembangkang banyak menang di Parlimen dan DUN seperti di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

BN mencatat kemenangan berganda pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau, 6 Mac lalu.

BN mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar berbanding prestasi pada pilihan raya umum tiga tahun lalu iaitu bertambah 1,489 undi di Merlimau menjadikannya 5,962 undi dan Kerdau bertambah 1,109 undi menjadikannya 5,060 undi.

Dalam masa sama, Harun turut mengakui pembangkang mungkin tidak memberi perhatian sebagaimana beberapa pili-han raya kecil di peringkat awal dahulu yang kerap dimenangi pembangkang, sehingga menyebabkan kekalahan sejak akhir-akhir ini.

Selain itu, halangan tertentu seperti kawasan tanah rancangan Felda yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN turut mengurangkan undi pembangkang.

Ditanya berhubung pilihan raya umum yang dijangka awal berikutan kemenangan di kedua-dua DUN tersebut, Harun berkata pihaknya tiada masalah berhubung tarikh itu.

“Kita tidak kisah pilihan raya umum yang akan berlangsung nanti awal atau lambat,” katanya.

Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam masa terdekat berdasarkan kemenangan besar BN di DUN Merlimau dan Kerdau.

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, kemungkinan itu diperkukuhkan lagi dengan senario politik negara dan risiko pergolakan ekonomi antarabangsa.BO

1 comment:

Anonymous said...

Orng melayu tak cerdik di kedau n merlimau je yg sokong...biawak dak nam menggigit..minyak nak naik...insuran juga...kesian melayu..berterusan dibodohkan..