Thursday, March 17, 2011

A Doctor in the House: The 'Nyanyuk' of ......................

Mahathir Kantoi Lagii..Jumpa Dengan "Hantu" Orang Dah Mati..??

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

“Saya berjumpa dengan Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya ketika saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya,” katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari.


Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lalu dan mendapat sambutan hangat.


“Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.


“Yang pasti, saya bertemu Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak,” kata Dr Mahathir.


Juragan :
Dah Nyanyuk la tuuu..sepatutnya bukan tajuk buku tu Memori...tetapi Hilang Memori..Inilah kesan doa mereka-mereka yang di zalimi oleh beliau semasa era pemerintahan kuku beruangnya...itu pun masih ada lagi manusia yang percaya akan segala fitnah beliau yang berubah-ubah terhadap DSAI...Fuhhhh Hampehhhh Umnoo...

1 comment:

Anonymous said...

TUN M ADALAH SATU2 PEMIMPIN MELAYU DARI UMNOAPCO YG 100% PERPECT.. PEJUANG TULIN DAN MEMORYNYA DAN MEMPUNYAI WAWASAN DAN PADANGAN JAUH UTK MEMAJUKAN MALAYSIA. NEGARAWAN TERSOHOR.. APE YG DIA KATA AKAN DIKOTA.... ITU KEPERCAYAAN DAN PESEPSI AHLI UMNOAPCO YG BERJIWA HAMBA. ADEKAH TUN SEDEMIKIAN SIFATNYA. LU FIKIRLAH SENDIRI.. APA NAMA APA NAMA APA NAMA.. MELAYU UMNOAPCO MUDAH LUPA DAN HAPRAK