Friday, March 4, 2011

Ini bukan Jebat Derhaka tapi Geng Jebat Pondan

Prk Merlimau : Samseng Politik Makin Berani Kerana Dilindungi UMNO@BN..!!!

Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.

Dalam laporan polisnya, Harun Mohamad mendakwa dirinya menerima sms ini pada jam 7.20 petang 3 Mac, ketika beliau berada di bilik gerakan PAS Merlimau.

Beliau percaya bahawa sms ini datang daripada pihak UMNO, kerana beliau juga menerima satu sms daripada nombor tersebut, sebelum ini, berbunyi,

"TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free..nak org sponsor..itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ketua Polis Melaka bahawa tuduhan pemimpin PR diserang tidak berasas, menekankan bahawa sms berbaur ugutan itu dihantar melalui nombor telefon tertentu, dan polis harus menyiasat dalam hal ini.

Dalam satu sidang media tadi, Salahuddin Ayub berkata dirinya mengesyaki bahawa Geng jebat derhaka dilindungi, malah diupah oleh pihak tertentu.

Shamsul Iskandar: Kereta Anwar diserang

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar telah membuat laporan polis pada 12.30 tengah hari ini, bahawa kereta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim diserang pada 2 Mac ketika beredar selepas ceramah di Jalan Pahlawan.

Menurut Shamsul Iskandar (gambar kiri, kiri), kereta Anwar melalui Jalan Merlimau/Batu Gajah, di mana terletaknya beberapa bilik gerakan UMNO-BN.

Kereta Anwar telah diserang dengan benda-benda yang keras, sehingga kemek pada bahagian depan kereta.

Kereta yang menyusul di belakang kereta Anwar pula dipecahkan kaca belakangnya, dan kemek pada bahagian pintu kanan.

4 comments:

Hamdan Rukun said...

MAKNANYER RAKYAT DAH MENYAMPAH SANGAT DENGAN POLITIK TIPU DAN FITNAH YANG PAS LAKUKAN SELAMA INI.

INSAFLAH. JADILAH PEMBANGKANG YANG BERKESAN YANG DAPAT BANTU KERAJAAN BUAT PEMBETULAN. BUKAN MAIN BELASAH JER..

APAPUN YAKINLAH, BAHAWA DI MANA MANA DAN DALAM APA JUA KEADAAN, ALLAH SENTIASA CAMPURTANGAN.

Anonymous said...

bodoh tahap biawak komodo luncai nie. . kalau keta pm n tpm kena pecah kat negeri selangor, kedah, pulau pinang n kelatan. . bole paia alasan yang sama ker. . bapak kau punya hujah macam tu

Anonymous said...

drp umno ampang,
dah namanya pun luncai...kesian tul.

umno sial said...

itulah mentaliti hamba2 umngok..bongok nak mampoihhh