Saturday, March 19, 2011

Noh Omar tak pandai tengok cermin muka

Noh Omar perlu ‘cermin diri’ dulu - Khairul Anuar

SHAH ALAM: Kelab penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC) meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, ‘mencermin diri’ dulu sebelum menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Presiden MBSC, Khairul Anuar Othman berkata, amaran keras turut diberikan kepada Menteri Pertanian, Industri dan asas Tani itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengarut, jika tidak mahu kes-kes salah laku pimpinan Umno sewaktu mentadbir Selangor, dibongkar.

“MBSC memberi amaran kepada Noh Omar supaya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan kerana Menteri Besar dan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sekarang mempunyai banyak kes salah laku kerajaan terdahulu semasa mereka mentadbir Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Khairul dalam masa yang menegaskan kesetiaan dan keteguhan MBSC berdiri di belakang kepimpinan Khalid Ibrahim.

Media semalam mengeluarkan berita desakan Noh Omar supaya Khalid meletak jawatan kononnya berhubung lantikan kroni dalam Yayasan Selangor. Khalid bagaimanapun telah memecat kakitangan tersebut.

Menjawab Noh Omar, MBSC percaya kredibiliti Khalid Ibrahim tidak tergugat malah yakin rakyat Selangor tetap menyokong kepimpinan beliau.

“Kredibiliti Menteri Besar tidak tercalar dengan apa berlaku, malah rakyat Selangor menyokong penuh kempimpinan Menteri Besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik berbanding pimpinan Umno lalu sewaktu memimpin Selangor,” katanya.

No comments: