Monday, March 28, 2011

Novandri blogger Umno mungkin ada pengalaman buat 'kerja' tergesa-gesa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheHqMEL5vyR7Flkx0rnoB5o8RObGdncp7cXnrA5zJE1_8z4Cl5T1JmNApqiSkSesXr0NehDfDzY58v0C2R6iOslBLlHKY_M4MhjiNy3ERCMXZSEUWi6cCAeN42qh1-2fu3rLzUCgrMUBOs/s400/cctv.pngNovandri blogger Umno sekali lagi menimbulkan kekeliruan bahawa Anwar hilang 2 jam . Novandri mungkin mengabaikan pengakuan Ketua PKR Dungun Abd Rahman Yusuf bahawa Anwar ada di rumah pada malam 21 Februari.

Dalam kepala Novandri si pencacai Umno ini mungkin Anwar bergegas dari rumahnya ke hotel terdekat secara menyelinap tanpa diketahui orang lain.

Namun dalam masa 2 jam apa yang boleh Anwar lakukan. Mungkin Novandri ada pengalaman keluar dari rumahnya masuk hotel buat 'kerja' lepas tu balik ke rumah. Hebatla Novandri boleh buat tergesa-gesa begitu, ikuti ulasan GB pula dibawah :

Katalah benar 2 jam Anwar "hilang", hotel terdekat mana yang Anwar pergi, lakukan kerja terkutuk itu dan kemudian balik, yang hanya memakan masa 2 jam?

Naik apa? Motorsikal dengan membonceng Velentino Rossi? Super Lumborghini? Jumbo jet?

Atau Anwar mempunyai keistimewaan sebagaimana pak menteri dan polis boleh memasang dan membunyikan siren pada kenderaannya meredah lampu trafik dan supaya orang lain ketepi di jalanraya untuk memberi laluan kepadanya supaya cepat sampai ke hotel berkenaan?

Justeru itu, keseluruhan episod video seks tersebut JELAS satu rekaan, satu konspirasi yang dilakukan oleh Datuk T yang disokong kuat oleh UMNO termasuk para blogger yang mencari sedikit habuan populariti dan tumpang sekaki dengan harapan jerat dan fitnah itu menjadi.

Dari segi teknikalnya sahaja sudah out, video hitam putih. Kenapa hitam putih sednagkan kedai runcit paling cokia pun sekarang ini guna CCTV berwarna? Sebab tidak mahu bagi nampak sebarang kesan "doctored" ke atas video berkenaan.

Dah ler pelakon yang diambil tidak menepati ciri-ciri fizikal Anwar, cuma wajahnya sahaja yang berjaya diubah.

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya!


Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)

Ulasan GB

6 comments:

Anonymous said...

pasai apa tak boleh beranak guna masa twitter di Indon lahir guna masa facebook di Malaysia

Hamdan Rukun said...

APA YANG LUAR BIASANYER. RAHMAN YUSUF MEMANG ISYTIHAR DIA BERADA DI RUMAH NUAR BRAHIM PADA PETANG KEJADIAN.

TAK TAULAH PULAK KALAU RAKAMAN TU DIBUAT DI AUSTRALIA KE?

AKU UCAP SYABAS SEBAB HANGPA PAKAI NAS, CUMA PERINGATAN TU BUKAN UNTUK UMNO SAHAJA. HANG KENA SEDAQ BAHAWA MASA HANG BACA AYAT, HANG JUGA MUNGKIN SEDANG FITNAH NOVANDRI..

JANGAN FIKIR HANG SEMPURNA, MAKSUM..

Anonymous said...

nabi maksum, tak tau la luncai dok rasa dia Mat Sum

Anonymous said...

bro layan luncai tak guna, dulu dia fitnah Anwar buat video nak burukkan Umno.

la dia sokong navadrindon tu pula, tak boleh pakai punya mamat Umno ni

Anonymous said...

Patutnya Nas tu hang tujukan jugak kat puak-puak hang! Hang kata Umno fitnah anwar...anauar tak fitnah najib ker??? Tak fitnah Rahim tambi cik ker...

Nak tuduh anuar berzina kena ada 4 saksi, najib yg belum tentu berzina pun puak hang tuduh jugak!!Ade 4 saksi ker???

Jgn main-main dgn Al Quran....

+++Neutral+++

Anonymous said...

neutral but umno