Sunday, March 13, 2011

Umno 'mengamuk' di Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/bannerPGU.jpgKUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu berkemungkinan mengalami masalah 'tekanan' dan 'stress' sehingga alergi terhadap kain pemidang dan poster-poster serta ceramah PAS dan Pakatan Rakyat, sehingga menjadi tidak rasional menghadapi situasi politik yang sedang berlaku masakini.

Ketua Penerangan PAS Rantau Abang, Syed Agil berkata ia jelas apabila Umno mula 'meracau' dan mencabut apa saja yan menjadi syiar PAS serta Pakatan Rakyat sejak PAS melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Ketika menghubungi Buletinonline Sabtu, 12 Mac, beliau berkata kain pemidang PGU (gambar) yang diletakkan di dalam DUN berkenaan telah turut hilang

"Selepas solat Jumaat (11 Mac) 'banner' PAS ganti umno yang terletak dalam DUN Rantau Abang telah dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap demokrasi dalam negeri terengganu.dipercayai penyokong umno menjadi dalang tersebut,

"Kemungkinan MB Terengganu yang akan datang ke Dungun menjadi agenda 'Umno-Apco,"tegasnya.

Beliau mengingatkan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agar mengambil perhatian dan memerhatikan kain-kain pemidang yang dipasang, khususnya kain pemidang yang berslogankan 'Pas Ganti Umno''.

Rupa-rupanya, pada masa yang agak sama, kejadian mencabut kain pemidang PAS Ganti Umno bukan sahaja berlaku di DUn rantau Abang.

Syed Agil yang turut memuatkan berita kehilangan pemidang PGU di DUN Rantau Abang dalam laman facebook, telah mendapat maklumbalas dari seorang penyokong PAS yang memaklumkan, perkara yang sama turut berlaku dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/dailogpakatanrakyat%20047.jpgYB Umno kecut!

Dalam pada itu, di Sebearang Takir Kuala Terengganu, dua orang wakil rakyat Umno yang dijemput untuk menjadi ahli panel dalam program Dailog Rakyat anjuran Parti Keadilan rakyat Cabang Kuala Nerus tidak muncul pada waktu yang ditetapkan.

Setelah pihak pengajur menunggu sehingga jam 10 malam, program dailog tersebut terpaksa diubah menjadi program ceramah umum.

Ketua Cabang tersebut, Muzafeq Muhammad merasa terkilan kerana kedua-dua pemimpin Umno Terengganu tidak dapat hadirkan tanpa sebarang pemakluman sedangkan surat telah dihantar ke pejabat masing-masing.

"Saya terkilan kerana kedua-dua YB YB Adun Seberang Takir, Razif dan YB Parlimen Dato' Nasir tidak hadir, sedangkan program ini dianjurkan atas kepentingan rakyat yang mahu berdailog secara terbuka dengan pihak kerajaan, yang mereka wakili,"katanya ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Menurutnya, apa yang menjadi kekesalan pihaknya, dan Pakatan Rakyat adalah, ada pihak tertentu yang mewakili ADUN tersebut telah menghebahkan di kawasan berkenaan bahawa program dailog tersebut batal.

"Mereka juga berkata, YB Razif tidak hadir kerana tidak ada surat jemputan, sedangkan kita telah menghantar surat kepada-kepada YB Umno itu, dan salinan penerimaan surat tersebut disahkan dengan cop terima oleh pegawai di pejabat kedua-dua wakil rakyat,"jelasnya sambil menunjukkan salinan tersebut kepada pihak media.BO

No comments: