Sunday, April 3, 2011

Adnan dicabar bertanding di Parlimen Kuantan Indera Mahkota atau Kuantan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz8sEzzciitpKpiqRogX46ww9uhBI25jK2KUiBTnTrnqy1xqGHf67sz1TVkaXonn0BaWzSmbP-KiocALw9NfCAspebALgvFzBVMvJND_ARTFGTj_6KoURUyjo3Kc3pylRryruUad4qUe8/s320/adnan1.jpgKUANTAN - PKR Cabang Indera Mahkota masih mempersoalkan jaminan yang diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kilang proses nadir bumi Lynas Corporation Ltd dari Australia tidak akan menghasilkan sisa radioaktif.

Pemangku Ketua Cabangnya, Lee Chean Chung berkata, sekiranya Adnan menganggap bahawa kilang proses nadir bumi adalah selamat, beliau perlu buktikan jaminannya itu dengan bertanding kerusi di kerusi Parlimen Indera Mahkota atau Kuantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk membuktikan bahawa rakyat bersetuju dengan projek tersebut.

"Jika betul Menteri Besar kata kilang itu selamat dan tidak akan hasilkan sisa radioaktif, saya cabar beliau bertanding di Indera Mahkota atau Kuantan.

"Kita tengok bagaimana dia berhadapan dengan isu ini dan sama ada rakyat bersetuju dengan kewujudan projek ini," katanya.

Chean Chung juga mahu Adnan lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang jaminan termasuk melibatkan kepentingan rakyat di kawasan yang terlibat terutamanya penduduk sekitar Gebeng.

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika dihubungi Sinar Harian dilihat tidak bersetuju dengan cabaran supaya Adnan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Menurutnya yang menjadi pencetus kepada bantahan kilang bumi nadir ini, isu berkenaan tidak perlu disulami dengan polemik politik kerana apa yang penting keselamatan rakyat perlu diperjuangkan.

"Saya tidak mahu isu kilang ini dipolitikkan kerana kepentingannya melangkaui keperluan politik di mana keselamatan rakyat di kawasan berkenaan menjadi pertaruhan.

"Sejak dari awal lagi saya hanya melihat risiko tinggi yang bakal ditanggung rakyat jika projek kilang bumi nadir ini diteruskan. Sebab itulah saya mahu isu ini ditangani secara holistik," katanya

No comments: