Friday, April 8, 2011

Kenyataan menyakitkan di hari pengkebumian Ahmad Sarbani

SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.

“Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya.

“Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. -BH

Tiada yang lebih biadab daripada berita di atas. Tiada yang lebih biadab daripada kenyataan dari seorang pemimpin NGO seperti di atas.

Ia dikeluarkan sewaktu jenazah Allahyarham sedang disemadikan semalam.

Mengaitkan berita kematian Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane (sehingga ini belum diketahui punca sebenar kematian) dengan membunuh diri adalah satu tindakan keterlaluan lagi tidak bertanggungjawab.

Ia tidak lansung memberikan kesan positif kepada usaha memperbaiki mutu perkhidmatan SPRM tetapi sebaliknya akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kes-kes yang tidak diingini berlaku.

Kredibiliti dan integriti pasukan SPRM sudah tercemar dan usaha berdalih untuk mewangikannya dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi mereng meminta SPRM supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur.

Memang kita tidak bertolak-ansur dengan apa bentuk jenayah, kolar biru atau kolar putih, tetapi sesuatu siasatan sehingga menyebabkan kematian itu sendiri sudah merupakan satu jenayah.

Seluruh rakyat negara ini akan bangun menentang apa juga bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat.

Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan untuk kes ini, jika berani dan jika ada kejujuran untuk mengetahui kebenaran! -GB

4 comments:

Anonymous said...

SPRM MEMANG SYAITAN!!!!! SPRM ANJING UMNO!!!!!! YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAU HANCURKANLAH SPRM DAN UMNO LAKNATULLAH!!! KAMI DAH TAK TAHAN DENGAN PENGANIAYAAN UMNO DAN BN, YA ALLAH. HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK SEWENANG2. DAHULU KAMI MENYOKONG PARTI LAKNAT ITU TETAPI MEREKA KHIANATI SOKONGAN KAMI YA ALLAH. HANCURKANLAH UMNO YA ALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Anonymous said...

umno parti barua....bela apco...hancur umno....sebelum malaysia bertambah2 dgn barisan pencuri perompak harta rakyat.

Anonymous said...

GUA YG TAK SUKA SPRM INI BILA ADE PEMIMPIN UMNOAPCO DISYAKI RASUAH, SIASATAN MCM KURA2 BERJALAN AJE.. MAKA DICARINYA KESALAHAN YG KECIL SHJ UTK PENDAKWAAN.. CTH KES KHIR A/L TOYOL KES KECIL SHJ WALAUPUN MELIBATKAN JUTAAN RM... KES ADUN SELANGOR SEBELUM PRU12 DIMANA PERUNTUKAN ADUN SELESAI DLM MASA 3 BLN DAN DIGUNAKAN UTK KEMPIN UMNOAPCO SMPAI SKRG TIADA PENDAKWAAN... MEMANG PATUT SPRM DI GELAR SEBAGAI TALIBARUT UMNOAPCO/BN .....

Unknown said...

Kenyataan Azwanddin yg mendakwa Allahyarham membunuh diri telah mendahului hasil siasatan.. BAHAYA..