Wednesday, April 13, 2011

Pendedahan Raja Petra : TV3 nak kaitkan Anwar tapi Ku Li yang kena

Raja Petra: Najib dikait kes Altantuya, bolehkan Ku Li jadi PM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitFLj-PrTaNzFvsnW4_UG9wJVvDwLTZz4u03cpeEZzSOVH7b9QXGg5v-_wByekyTBLDQ28oUAE57MLPZzqps5iO43-gWLd6Q_nxG06xrB-9DDU_JpeG_Phd3MNl9KlNuUzCAX5K1KUyYkJ/s320/KU+LI.jpg

KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.


“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.


Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.


“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.


Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.


Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

3 comments:

otaklunyai said...

Dah lama kita tunggu saat dan ketika ni brader... baru kita nampak the true color of raja kapor. Cara hidup macam orang putih. mana duitnya nak mantain kos hidup...
Sume pasal fulus brader... wang punya pasal jual maruah dan prinsip hidup itu amalan mulia di m'sia. Nak cari duit brader... duduk oversea nak guna duit banyak brader.. sekarang dah tak da fulus. tak boleh bayar bil2, nak beli nasik bungkus pun dah tak cukup brader... jadi jual maruah diri la brader...

CASTILO DELTA said...

DULU NAJIB DAN MUKRIZ KATA SEMUA CAKAP RPK TAK LEH DIPERCAYAI SEMASA DIKAIT BELIAU DGN MONGOLIAN. SKRG CAMNE BOLEH DI PERCAYAI PULAK DAN DI HIGHTLIGT OLEH TV3/4 ... MEMANGLAH MELAYU UMNOAPCO BERJIWA HAMBA MUDAH LUPA MCM TUN M JUGAK... H A P R A K

CASTILO DELTA said...

DULU NAJIB DAN MUKRIZ KATA SEMUA CAKAP RPK TAK LEH DIPERCAYAI SEMASA DIKAIT BELIAU DGN MONGOLIAN. SKRG CAMNE BOLEH DI PERCAYAI PULAK DAN DI HIGHTLIGT OLEH TV3/4 ... MEMANGLAH MELAYU UMNOAPCO BERJIWA HAMBA MUDAH LUPA MCM TUN M JUGAK... H A P R A K