Wednesday, April 27, 2011

UMNO , PERKASA dan GAPS akan berdemo menentang sepanduk baru kerajaan Selangor ?

Selangor Peruntuk RM600,000 Bina Papan Iklan 'Mansuhkan ISA'


SHAH ALAM 27 APRIL : Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM600,000 bagi memasang papan iklan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kempen 'Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA'.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukkan membina 56 papan iklan itu diperolehi daripada Akaun Amanah Penswastaan yang disalur kepada Perbadanan Menteri Besar dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan.

Katanya, pemasangan papan iklan ini akan menggunakan peruntukkan dana akaun amanah penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan.

“Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kerajaan negeri, disini, hari ini.

Menurut Khalid lagi, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan itu akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.

“Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Khalid berkata pemasangan papan iklan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara.

No comments: