Thursday, April 21, 2011

Utusan, PERKASA Lagakan Melayu, Cina


SHAH ALAM 21 APRIL: Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Najib Razak segera menamatkan konsep 1 Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

Hal ini kerana, bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi", bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan supaya meminggirkan masyarakat Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Walhal Najib dalam memperkukuhkan karier politiknya melaungkan di serata pelusuk dunia bahawa beliau membawa dasar 1 Malaysia yang didakwanya untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat. Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya Barisan Nasional tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,”bidas Tian Hua ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di Sarawak tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang mula menyokong Pakatan Rakyat.

Padahal katanya, PERKASA Sarawak sejak ditubuhkan tidak pernah mempersoalkan tentang hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada kaum itu di bawah Gagasan 1 Malaysia.

“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia Ahad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

Malah semalam, Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Namun hujah dangkal Ketua PERKASA Sarawak itu menurut Tian Chua hanyalah mainan politik biasa juak Umno yang gemar bermain sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-Barisan Nasional.

“Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno,” kata Tian Chua.

1 comment:

Anonymous said...

DGN GAGASAN 1 MELAYU, 1 BUMI MAKA TERHAPUSLAH GAGASAN 1 MALAYSIA CIPTAAN NAJIB SAMA MCM ISLAM HADHARI CIPTAAN PAK LAH.... JOM BYCOT PENIAGA CINA, JGN BERBELANJA DI KEDAI CINA.. DIINGATKAN KEPADA MELAYU JIKA KITA NAMPAK MELAYU UMNOAPCO, PERKASA DAN HAPRAK ZAINI BERBELANJA DI KEDAI CINA MEMASUKI GEDUNG PERNIAGAAN CINA KITA CEMOH, KUTUK, MAKI MEREKA KERANA MEREKA BERETORIK AJE... KPD PERNIAGA CINA JGN JUAL DAGANGAN ANDA KEPADA MALAUN TADI KALAU JUAL PUN DGN HARGA YG TINGGI..... KALAU BETUL BENCIKAN CINA BETUL2 BYCOT LAH... KONTRAKTOR UMNOAPCO JGN LAGI BERBELANJA KT HARDWARE CINA.. BOLEH KOT?????????