Thursday, May 26, 2011

Hebatnya UMNO menipu sampai Orang Siam masih dok anggap Mahdzir Khalid MB Kedah

http://maidoali.files.wordpress.com/2010/09/mahadzir-khalid.jpg?w=305&h=320ALOR SETAR - Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mendedahkan masyarakat Siam di Kedah enggan mendekati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini kerana menganggap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid masih memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga kini.

Bagaimanapun, Setiausaha DHPP Kedah, William Khor Eng Hin berkata, persepsi itu berjaya diubah DHPP sejak mereka mendekati masyarakat Siam, terutama di kawasan Padang Terap bermula tahun lalu dan hasilnya sedikit demi sedikit orang Siam sudah mula memahami perjuangan PR Kedah.

Menurutnya, bukti jelas masyarakat Siam kini bukan lagi undi deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat ditunjukkan melalui penganjuran Pesta Songkran anjuran Kerajaan Negeri di Kuala Nerang apabila program itu dibanjiri lebih 4,000 masyarakat Siam seluruh Kedah yang kini sudah mula menyedari perubahan cuba dibawa PR.

“Saya bersama Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang mula-mula mendekati masyarakat Siam pada tahun lalu dan respons yang diberikan ketika itu agak kurang memberangsangkan apabila tidak sampai 50 orang yang datang mendengar ceramah anjuran kami.

“Kami bertanya sebab apa mereka enggan menerima kehadiran dan terkejut apabila mereka mendakwa bimbang tidak mendapat bantuan ‘Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid’ dan ‘Kerajaan Negeri BN’ sekiranya mendekati PR.

“Susulan itu, kami lantas menerangkan perkara sebenar kepada mereka termasuk kejatuhan Kerajaan BN di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan perubahan pucuk pimpinan baru bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya pada sidang media di Wisma Darulaman, baru-baru ini.

Khor berkata, kegagalan masyarakat Siam Kedah terutama di kawasan luar bandar mendapat informasi terkini berhubung peralihan pucuk kepimpinan pentadbiran negeri disebabkan masyarakat itu kurang mengikuti perkembangan semasa negara ini.

Khor turut mempertikaikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa sokongan masyarakat Cina dan India sudah berpatah balik ke BN ketika ini.

Menurutnya, keputusan pilihan raya Sarawak sebelum ini menjadi bukti keengganan masyarakat Cina untuk terus mengekalkan sokongan terhadap BN dan senario sama kini turut dirasai semua masyarakat Cina di seluruh negara.

“UMNO dan BN boleh bercakap apa yang dia hendak cakap.

“Tetapi keputusan PRU ke-13 bakal menjadi penentu dan saya yakin dengan kegagalan Kerajaan Pusat menangani isu kenaikan harga barang dan bahan bakar, angin perubahan sudah pasti berlaku,” katanya.SH

No comments: