Friday, May 6, 2011

Nelayan mengadu tidak terima insentif bulanan


PARIT BUNTAR, 6 Mei : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta menyalurkan insentif bulanan sebanyak RM 200.00 kepada nelayan di Tanjung Piandang , Kuala Kurau dan Bagan Tiang. Insentif berkenaan disalurkan oleh pihak kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, para nelayan yang pernah menerima insentif bulanan ini telah membuat aduan tidak menerima lagi insentif berkenaan sejak beberapa bulan.


" Ada di antara mereka yang tidak menerima insentif bulanan ini sejak 8 bulan lalu. Mereka bertanyakan status serta penjelasan mengapa insentif berkenaan dihentikan.

" Semua mereka layak menerima insentif berkenaan kerana pernah menerimanya dan mempunyai dokumen-dokumen yang sah untuk memperolehnya" katanya


Dr. Mujahid berkata, insentif berkenaan telah diputuskan dalam parlimen diberi secara bulanan kepada nelayan. Sepatutnya semua nelayan yang layak menerimanya setiap bulan bagi membantu kehidupan mereka.

"Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan sewajarnya dengan menyalurkan kembali insentif bulanan ini kerana nelayan-nelayan ini berhak menerimanya.


" Masalah ini mungkin bukan sahaja berlaku di kawasan ini, bahkan berlaku kepada nelayan lain di seluruh Malaysia" katanya

Dr. Mujahid ditemui semasa bertemu dengan nelayan di Bagan Selatan, Tanjung Piandang yang membuat aduan terhadap masalah mereka kepada Ahli Parlimen.


Turut hadir ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Pengerusi Lujnah Petani dan Nelayan PAS Parit Buntar Radhuan Razak


Nelayan sedang memberi nama kepada pejabat Ahli Parlimen


No comments: