Tuesday, May 10, 2011

PAS Parit Buntar hulur bantuan kepada surau terbakar

PARIT BUNTAR, 11 Mei : Surau Kampung Baru Nelayan yang mengalami kebakaran dibahagian stor baru-baru ini , menerima sumbangan daripada PAS Parit Buntar yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar berkenaan hadir bersama Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa melawat stor surau yang terbakar.

AJK Surau Idris Awang Teh berkata, semua barangan yang tedapat dalam stor musnah sama sekali dalam kebakaran berkenaan.

“ Kebakaran ini berlaku pada waktu tengah malam dan hanya diketahui oleh beberapa orang pemuda kampung yang melalui jalan berhampiran surau.

“ Semua peralatan kenduri, khemah dan tempat mandi mayat habis terbakar kerana api marak terlalu cepat” katanya

Menurut Idris , pihak bomba yang datang hanya dapat mengawal api dari merebak ke surau yang berdekatan dengan stor berkenaan.

“ Kami ahli jawatankuasa surau sedih dengan musibah ini dan berharap pihak polis dapat menyiasat punca kebakaran.

“ Terima kasih kepada PAS Parit Buntar dan Ahli Parlimen Parit Buntar kerana turut sama menghulurkan bantuan “ katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa berharap lebih ramai yang dapat membantu bagi menampung kerugian besar yang dialami oleh pihak surau.

" Surau ini memerlukan lebih banyak sumbangan bagi membeli peralatan kenduri, khemah kerana barangan berkenaan diperlukan sebagai persiapan kenduri penduduk setempat" katanya

No comments: