Sunday, May 29, 2011

Pemimpin UMNO/BN tiru macam pemimpin India

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/Tuan-Ibrahim-Tuan-Man.jpgKERDAU, 29 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Malaysia tidak ubah seperti India yang gemar mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar dengan menyajikan hiburan yang melekakan.

"Kita tengok kenapa India pelakonnya cantik, kaya raya, rumah besar, kalau tengok filemnya menyanyi sampai tujuh kali tukar baju, tujuh gerabak kereta api.


"Rakyatnya dihidangkan dengan filem-filem mengasyikkan,duduk rumah besar sampai mereka lupa rumah mereka sendiri nak roboh.



"Begitu juga di Malaysia. Dalam isu kos hidup makin meningkat dan pelbagai isu lain, BN cari isu yang boleh buat rakyat lupakan isu sebenar," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.


Untuk menutup keresahan rakyat itu, Umno BN katanya terpaksa menggunakan isu perkauman dan fitnah agar rakyat 'buta' kezaliman parti pemerintah.


"Sebab itu timbulnya isu fitnah melalui video seks (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana BN tahu rakyat suka isu begini," kata beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.


Menyentuh mengenai kebangkitan warga Felda pula, beliau mempersoal peruntukan yang dijanjikan BN sewaktu pilihan raya kecil Kerdau Mac lalu yang belum ditunaikan.


"Di kerdau mana 10.4 juta peruntukan untuk loji air mana pergi? Mana peruntukan yang disebut dalam pilihan raya kecil? Kosong. Jalan yang dulu buat sekerat sampai sekarang sekerat itulah. Yang tak sempat buat dulu sampai sekarang tak buat," katanya.


Justeru beliau menyeru agar rakyat Pahang khususnya warga Felda bangkit membuat perubahan dengan menolak Umno BN.


"Gerak kerja ini tak mungkin boleh dibuat dengan hanya dengar ceramah tapi semua kena bergerak buat perubahan.


"Khususnya di Felda yang satu masa dahulu disebut sebagai kubu Umno sekarang kita ingin tegaskan bahawa sampai masanya Felda akan bangkit membuat perubahan dan ia akan bangkit menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir hadirin.

1 comment:

Anonymous said...

Program UMNO-APCO ni kalau tak de consert sapa nak pergi.Itulah saja cara dia orang nak tarik remaja-remaja datang.Lepas habis depa apa peduli bebudak tu balik rumah ke atau tidak.Dan apa peduli depa tu nak buat projek ke....melepak ke ...atau merempit sampai pagi ke lantak depa lah...Janji depa datang meramaikan program..