Thursday, June 30, 2011

Ahli Parlimen UMNO dituduh belasah peruntukan RM 80 ribu untuk program yang tidak dijalankan

Ahli Parlimen Sabak Bernam, pembantu khas diperintah bela diri

Disebabkan isu perhimpunan BERSIH yang dimain-mainkan dimedia-media masa dan siber menjadi topik utama, isu rasuah nampaknya diketepikan,, ini menjadi penyelamat maruah kepada UMNO dan umat melayu penyokong-penyokong parti rasuah ....

Nampaknya tak habis-habis kes pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah.... aduhai... kesian kat tuan-tuan hakim di mahkamah,,, tak ada kerja lain, asyik-asyik pemimpin uMNO yang terlibat kes rasuah....manjungmari

SHAH ALAM 30 Jun - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi semua pertuduhan.

Beliau menetapkan 14 dan 15 September ini untuk kedua-dua tertuduh memberi keterangan membela diri.

Abdul Rahman, 46, didakwa menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar yang mengandungi butiran palsu berhubung pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan bagi lapan program dalam kawasan tersebut yang tidak dijalankan untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM80,000.

Program tersebut ialah Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Jamuan Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, PMR dan UPRS.

Ia turut melibatkan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Kumpulan Rukun Tetangga (RT), Program Forum Perdana, Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi serta Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Kesemua tuntutan palsu itu didakwa diserahkan kepada Mohd. Hamizar Sulaiman, Rizam Ismail dan Mohamad Fairos Johari di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari dan 12 Februari 2008.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara Rosli, 43, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman pula didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

8 comments:

Hamdan Rukun said...

SYABAS DS NAJIB. DI ZAMAN NAJIB SALAH TETAP SALAH.

JANGAN JADI NIK AZIZ, SALAH PUN KATA BETUL. CONTOHNYA MAT SABU KHALWAT DENGAN NORMA !

HAH ! HAH ! HAH !

Anonymous said...

syabas? KPD KEPALA RASUAH???

Anonymous said...

Contoh melayu berjiwa hamba (luncai) perasuah pun masih nak sokong dah tu bahalul pulak, mana ade kuasa TGNA nak kata Mat Sabu tu salah atau x salah.. tu kerja mahkamah...Baro najib lu dgn artis di PD langsung tutup kes, tu psl ISA SAmad boleh jadi Peng, Felda dia lagi tahu tapi 1 kapal biar sama2 bocor dan tenggelam lah..... haprak pya luncai berak kapoq...

Ceplos said...

Beza antara manusia dengan binatang adalah allah jadikan binatang bernafsu sahaja dan allah jadikan manusia bernafsu serta berakal tapi kalau manusia itu tidak boleh berfikir sebaik mungkin malah dia lagi teruk dari binatang ...????

Hamdan Rukun said...

AKU PUN BOLEH CAKAP...

NIK AZIZ RASUAH, HAJI HADI RASUAH..
NUAR BRAHIM RASUAH..BUAT RUMAH JUTA JUTA..

NIZAR RASUAH..BUAT RUMAH JUTA JUTA..
AZLI MUSA RASUAH..TAK KERJA TAPI BELI RUMAH SETENGAH JUTA..

KALAU AKU NAK CAKAPLAH...

Anonymous said...

hang boleh fitnah sahaja luncai umporno, memang dah keja hang tuduh tak ada fakta hanya auta

Anonymous said...

Anon 21:23 ,

Bila hangpa buktikan segala dakwaan terhadap Najib ?

Mana faktanya ? Autalah tu..tulah..sembah lagi Ambiga !

Anonymous said...

Bila Altantuya kena bunuh , polis dua orang kena hukum, siapa yang arah mereka bunuh tak ditangkap. Siapa arah bunuh tak dibenar disoal dalam mahkamah, kenapa? Tanya la Najib