Thursday, June 9, 2011

MB PR RM 6 juta untuk dana pendidikan rakyat, MB UMNO RM 6 juta bayar tunai bina istana



SHAH ALAM 9 JUN : Mantan Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo membayar tunai RM6 juta untuk mengubah suai banglo mewah miliknya pada tahun 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu hari ini.

Pereka laman Nasir Ismail yang menjalankan projek itu yang di canang sebagai Istana Khir, memberitahu bahawa mantan Menteri Besar Selangor itu membayar beliau secara ansuran empat atau lima kali dengan cek-cek setiap satu berjumlah RM500,000.

Banglo itu diubah suai dengan tema Bali, tambah Nasir dalam perbicaraan rasuah Khir Toyo yang masuk hari ke dua hari ini.

Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat Ditamas menerusi pengarahnya Shamsuddin Hayroni.

Sebagai balasan, Khir dituduh menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk memperolehi pelbagai projek bagi Ditamas dan Shamsudin.

Pagi tadi, Shamsuddin yang dijadualkan memberi keterangan pada perbicaraan itu tidak berbuat demikian atas alasan, beliau uzur.
Semalam Shamsuddin menggelabah ketika memberi keterangan sehingga hakim menangguhkan perbicaraan.

Shamsuddin sebelum ini dituduh bersubahat dengan Khir Toyo melakukan kesalahan itu. Bagaimanapun tuduhan itu digugurkan dan Samsuddin menjadi saksi pendakwaraya untuk memberi keterangan terhadap mantan Menteri Besar Selangor itu.

Khir Toyo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

Selangor serah RM6 juta bantuan pendidikan

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/03/khalid-ibrahim.bmpSHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.

Majlis penyampaian itu melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan diserahkan melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 Dun Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di Dun masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dalam Dun masing-masing dan membantu urusan permohonan itu.

“Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagi tahun 2011, katanya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR (RM6 juta), SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta).

Katanya, keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM6,652,786.

Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah.

Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011.

Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, pejabat Adun, Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283.



No comments: