Saturday, June 25, 2011

Jawapan kepada tuduhan Ketua UMNO Parit Buntar : Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar tak berpecah

PARIT BUNTAR , 25 Jun : Isu dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan Kelab Penyokong Pas Parit Buntar telah berpecah belah tidak berasas sama sekali.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, tuduhan itu hanya untuk meraih sokongan kaum Cina dan India yang sebenarnya sudah berpihak kepada Pas.

Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab itu hanya membuat kenyataan tidak berasas semata-mata untuk mengelirukan kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina kerana sudah kehabisan modal.

“Kaum bukan Melayu kini semakin memihak kepada Pas kerana keyakinan mereka terhadap Pas yang boleh menjadi pembela kepada semua kaum atas keadilan dan kebajikan yang akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, sejak Pas mengiktiraf Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) sebagai suatu sayap kepada parti Pas, maka termansuh Kelab Penyokong Pas bukan seperti yang didakwa oleh pihak musuh.

“Dakwaan ini hanya menggambarkan politik murahan pihak tertentu yang sudah kehabisan idea,” katanya.

Katanya, untuk pengetahuan umum sebenarnya Dewan Himpunan kini bertambah kukuh dengan pertambahan bilangan ahlinya setiap hari.

“Dewan Himpunan juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa untuk berhadapan dengan UMNO/ Barisan Nasional.

“Mereka dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan krisis dalaman yang umum mengetahui termasuk pergolakan kepimpinan MCA dan MIC serta Gerakan yang semakin meruncing tanpa sokongan daripada kaum Cina juga India apatah lagi orang-orang Melayu,” katanya.Sinar Harian

2 comments:

Anonymous said...

Bila pulak ada jawatan Timbalan Ketua Penerangan, tak pernah dengar pun sebelum ni. Masuk Deewan Harian ka? Di Peringkat Pusat pun takdak rasanya nama jawatan ni. Timbalan pengerusi Lajnah Penerangan kut?

Anonymous said...

Sinar harian yang silap buat berita. itu semua ambil sebijik dari sinar harian online.