Friday, July 22, 2011

Najib berkorban cuti bukan kerana rakyat tapi untuk arahan hantar pulang Peguam Perancis ?


Menurut berita Bernama, Perdana Menteri tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Saya sangsi! Saya curiga! Yang menambahkan sangsi dan curiga itu apabila dalam masa yang sama peguam yang menyiasat Skandal Scorpene turut tiba di negara ini. Lagi menambahkan curiga dan sangsi itu apabila peguam tersebut bersama dengan isterinya ditahan di KLIA dan dihalau dari Malaysia.

Siapa yang memberikan arahan kepada Imigresen untuk berbuat demikian?Duniacacamarba

2 comments:

dankuala.com said...

Singkatnya pemikiran. Apa perlunya PM balik kalau sekadar nak beri arahan?
Macam macam teknologi boleh digunakan.

Baguslah menulis, tetapi malang bila menulis untuk kelihatan 'tidak cerdik'.

Anonymous said...

hang peduli apa pencacai umporno. merata buat taik blog orang