Saturday, July 2, 2011

Peserta gotong royong bertema "Negara Bersih Rakyat Bertuah" pun kena tangkap

Bakri MP Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di

pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".



"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.


Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T
BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.

Dipetik dari Mkini

2 comments:

hafezariel said...

sengaja bikin provok dah tahu kerajaan tgh dimomokkan dgn kaler kuning dan perkataan bersih.. saje je cari pasal hahaha.. :D

Anonymous said...

Malaysia bukan negara kuku besi, punya pasal la orang naka pakai baju kuning ka, guna perkataan bersih ka. tak ada akta yang menyatakan salah. hanya umporno yang kata salah dan polis ikut telunjuk umporno