Friday, July 8, 2011

Polis keluar hotel masuk hotel, keluar bilik masuk bilik cari baju BERSIH 2.0 : Kalau bersungguh macam tu cegah jenayah OK juga

SALAH seorang pembaca MiLo SuaM melaporkan bahawa pihak Polis kini sedang melancarkan operasi besar-besaran ke atas semua hotel-hotel sekitar ibu negara untuk mencari baju BERSIH 2.0.

Pihak Polis menyerbu dari satu bilik ke satu bilik untuk memeriksa dan menggeledah barang-barang milik penyewa hotel bagi mendapatkan sebarang bahan-bahan yang berkaitan dengan BERSIH 2.0, sekaligus menahan pemiliknya.

Gambar yang dikirim berikut didakwa diambil di lobi sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Puteri Park Hotel. Kelihatan di dalam gambar, pihak Polis sedang memulakan operasi mereka.


Anda dinasihatkan untuk menyembunyikan sebarang bahan yang berkaitan dengan BERSIH bagi mengelakkan ditangkap malam ini. Kalau nak kena tangkap biarlah besok semasa perhimpunan, bukan pagi-pagi buta macam ni.

Anda juga dinasihatkan untuk mengambil gambar pihak Polis ketika mereka menggeledah bilik dan barang-barang anda sebagai bukti kerana difahamkan, pihak Polis menyerbu dari satu bilik ke satu bilik tanpa waran. Gambar tersebut boleh digunakan untuk tindakan saman nanti.

Ikuti juga laporan dari Topeng Perak Unmasked© klik sini [Perisik Rakyat]

ReJaM© "BERSIH 2.0, Turun tetap turun!"

No comments: