Monday, July 25, 2011

PR Perlis selesai pembahagian kerusi : 8 PAS , 5 PKR , 2 DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr7ZViD9d1-aRPlO7lP1OfvY3rOR8aX-L7MLRw0ZQPVQgdwl4IwtfgSmgYrbgKKF9GBysHbK0hyphenhyphenf8p6jizPPwFlv5oTI4RHsDGrAZ8q1aP9vOko75KPa3y9a3PFt22jIUW9wGXJhprVic/s400/Ustaz+Hashim+Jasin+4.JPGKANGAR - Pakatan Rakyat (PR) Perlis mengukuhkan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 apabila berjaya mencapai penyelesaian dalam isu pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui satu mesyuarat pada 15 Julai lalu.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, penyelesaian yang dicapai dalam mesyuarat Sekretariat PR negeri yang dihadiri lima perwakilan dari parti Pas, PKR dan DAP bagaimanapun akan dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu hadapan.

Menurutnya, dalam mesyuarat itu, ketiga-tiga wakil parti PR bersetuju meletakkan calon Pas bertanding untuk kesemua kerusi Parlimen Perlis iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar, manakala lapan kerusi diperuntukkan kepada parti itu di peringkat DUN.

“Lima daripada lebihan tujuh kerusi DUN yang tinggal diserahkan kepada PKR manakala baki dua kerusi diberikan kepada DAP.

“Setakat ini, kesemua parti komponen PR bersetuju untuk tidak mendedahkan lagi kawasan DUN yang bakal diduduki calon bagi setiap parti dan pengumuman hanya akan dibuat pada masa sesuai,” katanya.

Hashim berkata, keputusan pembahagian kerusi kali ini melihatkan perbezaan ketara apabila DAP buat pertama kalinya diberi ruang bertanding untuk dua kerusi DUN manakala Pas diberikan kepercayaan bertanding di kesemua kerusi Parlimen.

Menurutnya, Pas tiada masalah dengan pengurangan kerusi DUN daripada 12 kerusi sebelum ini kepada lapan kerusi dan berharap DAP dan PKR dapat membantu meningkatkan� sokongan orang bukan Melayu di Perlis dengan� penambahan kerusi yang diberi.

“Saya bersyukur dengan kemampuan PR Perlis menyelesaikan isu pembahagian kerusi DUN dan Parlimen dalam masa singkat walaupun terdapat sedikit pertindihan kawasan berlaku antara kami pada awalnya.

“Bagi menghadapi PRU ke-13 yang semakin hampir, PR Perlis akan bergerak seiring dalam melaksanakan program mendekati rakyat dan jentera pilihan raya yang meliputi ahli ketiga-tiga parti juga telah dipersiapkan bagi menggerakkan aktiviti parti,” katanya.

Ditanya sama ada Pas Perlis sudah mempersiapkan calon bagi setiap kawasan yang bakal ditandingi, Hashim menjelaskan perkara itu sudah diselesaikan dan calon yang dipilih adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan Pas Pusat.

No comments: