Sunday, July 17, 2011

Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia

http://2.bp.blogspot.com/-I4kGmf6sCmM/TiALyxLfjqI/AAAAAAAACkg/nDVnM1R4aY4/s1600/hadi+awang2.jpg
AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.


Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.


“Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.



“Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Najib.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

“Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang,” katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Dipetik dari Malaysia Insider

1 comment:

Guru Besar said...

Si PM n kuncu2nya tahu ke tak dasar perundangan negara demokrasi. Kalu tanya mesti tak tahu punya..(sengal laaaaa!!!!!!!)
Kata kerajaan demokrasi (hotak hang najib!). Nati buat kelas tuisyen baca kitab perundangan negara demokrasi..(hahaha)

P/S : Anti Najib-kak semah n anjing2 kerajaan (polis)....