Friday, August 26, 2011

Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar jejaki keluarga kurang bernasib baik


PARIT BUNTAR, 27 Ogos : Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada beberapa organisasi yang memberi kepercayaan kepada mereka menjejaki keluarga kurang bernasib baik bagi membantu golongan tersebut khususnya di bulan Ramadan ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdel Fadel Ahmad berkata, program menjejaki dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan tersebut telah diadakan di beberapa buah kampung di Parit Buntar.

“ Antara organisasi yang turun padang menyumbangkan derma ialah Surau An-Nur, Sungai Nibong Pulau Pinang, PAS Cawangan Permatang Pauh dan KTM Perai.

“ Pihak penderma menemui 32 keluarga yang dipilih di rumah keluarga tersebut dan menghulurkan sumbangan” katanya

Hamdan berkata, banyak organisasi meletakkan kepercayaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar untuk menjejaki insan yang kurang bernasib baik.

“ Keluarga yang dipilih adalah yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

“ Pihak penderma melihat sendiri keadaan kehidupan keluarga yang dibantu. Bantuan diberikan kepada keluarga yang dipilih ini secara terus “ katanya

Hamdan mengalu-alukan para dermawan yang mahu memanfatkan bulan Ramadan penuh keberkatan ini untuk terus menyumbang dan membantu golongan yang kesempitan di Parit Buntar

"Kami cuba menyalurkan sebaik mungkin sumbangan anda itu kepada pihak yang memerlukan.

" Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyumbang dan penderma yang memberi kepercayaan kepada kami" katanya


Pihak penderma mengunjungi rumah sebuah keluarga yang di bantu


Sebuah keluarga yang dibantu di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau


4 comments:

Anonymous said...

Pas bagi tumpuan kepada penyokong mereka saja. Mereka bukan wakil rakyat tapi wakil parti.

Sumbangan dibagi kepada sedikit orang sedangkan yang perlu banyak.

Anonymous said...

ni pencacai umporno mana buat fitnah. Pergi la tanya penerima tu dulu penyokong parti mana sebelum buat fitnah. Rumah yang dalam gambar tu semua rumah orang UMNO tahu dak

Anonymous said...

Usah berbohong. Usah perbodohkan orang. Saya bukan orang Kuala Lumpur yang boleh ditipu.

Saya sangat hampir dengan PAS Parit Buntar.

Anonymous said...

pencacai umporno nak buat fitnah konon hampir dengan pas parit buntar. zahirkan diri kalau bukan fitnah, jika tidak sah fitnah