Friday, September 23, 2011

BUSUK UMNO!!! MB Selangor berjaya halang UMNO jual tanah rezab Melayu

http://2.bp.blogspot.com/-zW3nvISO4Dg/TjzVI1xkAdI/AAAAAAAAAmY/n1CBW2fG6lQ/s320/162038_156603044396080_348576_numno+khianat+melayu.jpgUmno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.


Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.


Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.

Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.

Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.

“Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan,” katanya.

Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.

“Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.

“Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.

"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa,” jelas Faekah.

Hanya Seorang Mampu Bodohkan Muhyiddin

Muhyiddin ke sekolah, ke SMK Meru, Klang. Katanya tak boleh berpolitik di sekolah tetapi bagi Muhyiddin dia jadikan sekolah medan berpolitik, kan dah nampak sama lidah biawak.

Muhyiddin ke sekolah membawa cerita "terseksa" tinggal di Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sekolah tersebut.

"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor", ucap Muhyiddin diperbodohkan seseorang.

Takkan TPM, Menteri Pelajaran boleh bercerita tentang terseksa kerana diberitahu seseorang. Hanya seorang, lainlah kalau satu negeri!! Bodohkan Muhyiddin, mungkin ya...kerana boleh mempercayai entah cerita dari mana itu dikutip. Muhyiddin kenalah bercerita standard sedikit.

Patutlah dia kutip cerita tepi jalan kerana yang mendengarnya 170 budak hitam bengap dalam program permukiman wakil rakyat!!

-ekeleh

3 comments:

Anonymous said...

Tanah rezab Melayu dah tinggal separuh dikerjakan oleh umNGOK yang kununya memperjuangkan MELAYU. Sepatutnya mana-mana tanah rezab Melayu yang berpotensi nie dimajukan oleh Syarikat Prasarana/GLC atau Pemaju-pemaju Bumiputera dan dijual pada Melayu dengan harga yang amat berpatutan supaya Melayu boleh berdaya saing. Tapi kerja umNGOK jual pada Bukan Bumi dimajukan dan Melayu tak mampu nak beli sebab MAHAL.

Betul la kata TPM ada orang jumpa dia dan mengadu TERSEKSA dibawah Kerajaan PR Selangor. Mungkin sebab dah tak boleh nak menipu MELAYU LAGI KOT.

-wakleman

Anonymous said...

kat gaza, palestin ada law larang jual tanah pada geng yahudi.

hukuman kpd yang jual tanah- mati

kepada anggota um-no-nok yang tak senonoh ini, saqya cadangkan
gantong kat atas pokok ketum!!!!

steam selalu

Anonymous said...

bukan kutip cerita tepi jalan ...tapi tepi longkang...