Tuesday, September 20, 2011

HANTU BONCENG!!! Lembaga Penapisan Filem dah kena bonceng kot

http://mynewshub.my/eng/wp-content/uploads/2011/09/sinopsis-hantu-bonceng-565x799.jpgSungguh mengejutkan apabila kontroversi isu "Hina Rasulullah" dala filem "Hantu Bonceng" tiba-tiba dianggap tiada apa-apa oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN),

Terbaru, bila Pengerusinya,
Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap (foto) berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog
"asyhadu anna Muhammadar... syaitan" . Paling mengejutkan bila dia tergamak kata "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. "Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu".

Masalahnya, memanglah Zizan terhenti menyebut tetapi bukakah ia telah terkandung dalam skrip yang terpaksa diucapakan. Apakah sudah tiada ayat atau idea lain untuk babak itu, Apakah wajar perlu dibaca khalimah syahadah kemudian
"syaitan".

Bukankah ia adalah membawa makna satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sendiri.

[Persoalannya, kenapakan pihak LPF boleh meluluskan adengan tersebut tanpa ada perasaan sensitif terhadap agama?. Bukankah yang menjadi ahli lembaga itu majoritinya adalah orang Islam itu sendiri.

Mereka harus sedar bahawa filem berkenaan juga ditonton oleh orang bukan Islam. Maka, apakah persepsi dan tanggapan masing-masing bila perkataan itu diucapkan secara berulang-ulang oleh Zizan Raja Lawak?.

Ini akan mengelirukan dan pasti ditertawakan oleh mereka. Penulis skrip dan pengarah filem berkenaan juga perlu bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka akibat keterlanjurann ini.

Meletakkan kesalahan atas bahu Zizan juga adalah tidak wajar dalam kes ini. Dia hanya mengikut arahan mereka yang berada dibelakang tabir.

Siapakah ulamak dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) yang dirujuk oleh Pengarah filem tersebut?].PDO

2 comments:

Anonymous said...

Antara perkara yang paling jahat dan hina yang dilakukan oleh umat Islam ialah menghina dan main2 terhadap agama sendiri. Agama bukan perkara yang boleh dibuat main2. Jangan la kita nak bela orang yang main2 terhadap agama..nanti kita pun akan jadi hina..tugas kita ialah bela agama kita,kalau bukan kita bela agama kita..siapa lagi?..Dalam kes Ahmad Idham ni,elok lah beliau memohon maaf dan mengaku kesilapan,mengaku saja la yang beliau jahil dalam hal Agama hingga tak perasan tentang dialog tersebut..beliau tak akan hina dengan memohon maaf dan mengaku kesilapan..bahkan orang akan respect lagi pada beliau..Jangan lah beliau masih nak menegakkan benang basah dengan bersandarkan hujah yang empat orang ulamak dah tapis filem beliau tu, sesungguhnya, ulamak yang membenarkan atau mengatakan skrip yang dilafaz oleh zizan tu sebagai betul..maka ulamak tersebut bukan ulamak..budak sekolah tadika yang tak tahu mengaji pun tahu skrip tu salah dan berdosa sebab ia melibatkan akidah..Ahmad Idham juga ada mengingatkan kita semua dengan menyertakan hadis dalam FB nya bermaksud "Allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci" mungkin sebagai hujah beliau untuk membenarkan lagi tindakan beliau, namun beliau lupa kaedah Usul Fiqh mengatakan "matlamat tidak membenar cara". Contohnya kita minum arak sebab nak berdakwah pada orang minum arak, kita tak boleh mengatakan kita minum arak tak berdosa sebab niat kita nak berdakwah..niat tu baik tapi minum arak tu tetap berdosa..dan dia dikira berdosa di sisi Allah walau pun niatnya itu baik..Ketahuilah..dosa tetap dosa,masalah niat hati baik dan suci tu bab lain. Ingatlah ..tak jadi Islam kita tanpa ucapan Syahadah..jadi..faham2 sendiri la bagi orang yang hina Syahadah dan orang yang mengatakan penghinaan terhadap Syahadah itu betul sebab diluluskan oleh empat orang "Ulamak".

Anonymous said...

pergi mampus la korang duduk dalam gua