Monday, September 26, 2011

Hari Raya sambil berbakti

PARIT BUNTAR : Lebih 2000 yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di Kampung Kedah dan kawasan sekitar menghadiri majlis jamuan Aidilfitri PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah .

Pengarah program Fakhrurrazi Khalid berkata, Majlis jamuan Aidilfitri pada tahun ini seperti juga tahun lepas, kami mengumpulkan dana kebajikan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan

“Alhamdulillah kesempatan Syawal ini, jamuan Aidilfitri ini dapat diadakan meraikan orang ramai dan mengeratkan silaturrahim .

“ Yang jauh tentunya semakin dekat dan yang dekat pasti pula semakin erat . Lebih mengembirakan lagi apabila majlis ini memberi peluang kepada kami berbakti kepada warga emas dan ibu tunggal” katanya

Menurut Fakharurrazi , walaupun bergerak di peringkat cawangan , PAS Cawangan ini tetap berusaha mencari mencari dana kebajikan untuk diberikan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.

“ Seramai 70 orang warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan daripada PAS Cawangan sempena majlis jamuan Aidilfitri PAS Cawangan.

“ PAS Simpang Empat Kampung Kedah juga memberi cenderahati kepada 26 orang guru-guru Pasti , 10 anggota Unit Amal dan 10 anggota An- Nisa Parit Buntar”katanya

Fakhrurrazi berkata, setiap kali PAS Cawangan ini mengadakan program, akan diselitkan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“ Sumbangan yang diberi bergantung kepada dana kebajikan yang diperolehi PAS Cawangan .

“ Kadang-kadang sumbangan yang diterima besar, kadang-kadang kecil tetapi PAS Cawangan tidak berputus asa untuk membantu warga emas , ibu tunggal dan anak yatim” katanya

Majlis jamuan Aidilfitri PAS Kampung Kedah turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Abu Hasan.



No comments: