Wednesday, September 7, 2011

KANTOI!!!Rakyat Sabah pasti termuntah baca penipuan Utusan

KALAU diimbas kembali, sebelum ini sudah berpuluh kali didedahkan pembohongan media-media propaganda Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin untuk memperbodohkan rakyat.

Tapi media-media propaganda Umno ini masih tak serik-serik dan terus juga melaporkan berita-berita dan propaganda palsu.

Kali ini satu lagi pembohongan Utusan Malaysia dibongkarkan. Negeri Sabah yang satu masa dulu merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia, kini terus berada di tangga paling corot (paling miskin) di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Namun, demi menutup kelemahan pemerintahan Barisan Nasional di Sabah, sebuah artikel propaganda (propaganda kantoi) untuk menaikkan nama Barisan Nasional direka cipta tanpa secebis rasa bersalah.

Dengan menggunakan gambar sebuah bangunan Bank HSBC, Utusan melaporkan kononnya ada sebuah pekan Kiulu di Sabah yang kini sudah maju hasil limpahan nikmat merdeka melalui pembangunan yang berterusan [Utusan].


Pembaca Utusan Malaysia dari semenanjung barangkali mudah ditipu melalui artikel ini. Namun untuk pengetahuan anda, rakyat Sabah terutama yang tinggal di Kota Kinabalu termuntah-muntah kerana berasa jijik dengan cerita bohong ini.

Buat pengetahuan anda semua, gambar yang digunakan Utusan ini sebenarnya bukanlah gambar sebenar Pekan Kiulu, sebaliknya adalah gambar sebuah bank HSBC di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Rujuk gambar di bawah ini sebagai bukti, sila rujuk link ini juga untuk mengesahkannya sila klik [sabah.gov.my]


Malangnya tidak ramai orang yang membaca maklumat ini di MiLo SuaM. Masih ramai orang-orang kampung, makcik dan pakcik di luar bandar tidak sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan kerana tidak menerima maklumat sebenar.


ReJaM© "Lebih malang, ada juga golongan yang rela malah bangga ditipu Utusan..."


4 comments:

Anonymous said...

Tengok gambar pun tahun bukan Pekan Kiulu. Palui inda abis-abis

mountdweller said...

Salam

Saya terpersan dengan bangunan ini tetapi nak komen takut salah kerana saya kurang pasti.

Tetapi tulisan anda menjelaskan ingatan saya.

Langsi said...

Alang-alang nak tutuh... tutuh la kasi terduduk! Tak cukup dgn tu... mintak sape2 yg ade gambo pekan Kiulu tu... letakkan gambo pekan Kiulu yg sebenonye!

Penduduk Kiulu buat laporan polis ramai2 pembohongan UtusanMeloya tu! Dedahkan kemunduran Pekan Kiulu yg berhampiran dgn sungai yg berjeram dan masih utuh terpelihara tanpa pembangunan tu!

Anonymous said...

geng2 BN ni memang kaki tipu.... mereka dah latih balaci2 mereka untuk menipu....