Monday, September 12, 2011

MAI TENGOK!!! Bendera Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957

http://delusionalramblings.files.wordpress.com/2011/07/union-jack2.jpgHHRS 2.0 - Hari ini dalam sejarah lagi. Ya, apa rupa bendera kita sewaktu negara ini belum memasuki era 31 Ogos 1957? Ini adalah sejarah. Bendera Union Jack telah dikibarkan sejak 1786 yang membawa kepada penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Bendera Union Jack terus berkibar dengan megah di negara ini sehingga lah diturunkan secara rasminya pada 31 Ogos 1957.





Bendera Union Jack atau secara rasmi, Union Flag adalah bendera kerajaan United Kingdom. Bendera ini pernah digunakan pada suatu ketika oleh negara-negara yang berada di dalam Empayar British. Kini, selain menjadi bendera kebangsaan United Kingdom, ia juga memiliki status rasmi atau separuh rasmi di negara-negara dalam Commonwealth Realms atau Kerajaan Komanwel. Rekabentuk Union Jack ini telah wujud setelah peristiwa Act of Union 1800 yang menyatukan kerajaan Union of Ireland bersama Great Britain pada 1801.

Dibawah ini adalah bendera pertama Amerika Syarikat. Amerika adalah tanah jajahan British terawal merdeka.



Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, bendera merupakan sebidang kain yang diperagakan sebagai tanda atau lambang kewujudan yang dikenali juga sebagai panji-panji dan obor-obar. Biasanya, bendera berbentuk empat segi bujur, mempunyai satu bahagian dinamakan tepi bendera yang digunakan untuk diikat pada tiang.

Bendera juga merupakan satu simbol antau lambang kekuasaan dan kedaulatan sesbuah negara. Ia telah mula digunakan sejak berkurun lamanya tetapi dalam bentuk, saiz, warna dan reka bentuk yang berbeza-beza. Perkataan Flag(bendera) berasal daripada perkataan Old Saxon atau dalam bahasa German, Flaken atau Fleogan yang membawa maksud mengibarkan atau mengapung di atas angin.

Sebelum Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan bendera Persekutuan Tnah Melayu digunakan, terdapat bebrapa bendera yang telah digunakan mengikut kesesuaian pentadbiran pada masa itu. Bendera Uniaon Jack iaitu bendera Inited Kingdom pernah dikibarkan di Tanah Melayu sebelum negara mendapat kemerdekaan.

Bendera Union Jack mula dikibarkan di Tanah Melayu setelah temerainya perjanjian antara Sultan Kedah dengan Kapten Francis Light pada 1786 yang membawa kepada penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Bendera ini terus dikibarkan di Tanah Melayu sehinggalah ia diturunkan secara rasminya pada malam 31 Ogos 1957 dan digantikan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Negeri-Negeri Selat bermula melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan bagi membentuk Negeri-Negeri Selat dan sebuah bendera bagi melambangkan kewujudan pentadbiran tersebut telah digunakan di Tanah Melayu. Bendera Union Jack digunakan atas sebahagian bendera Negeri-negeri Selat di samping jata ketiga-tiga negeri yang terlibat.

Pada tahun 1895, pihak British telah memperkenalkan sistem pentadbiran di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri dari negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Dengan itu sebuah bendera bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah digunakan bagi melambangkan identitinya, tetapi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, tetap menggunakan bendera negeri masing-masing.
(Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)

Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna iaitu putih, merah, kuning, dan hitam yang mewakili negeri-negeri terbabit. Merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan, putih dan hitam untuk Pahang, hitam, putih dan kuning untuk Perak, manakala merah dan kuning untuk Selangor. Sistem pentadbiran ini dilaksanakan oleh pihak British sehingga tahun 1946 iaitu apabila Malayan Union diperkenalkan di negara ini yang kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

2 comments:

Anonymous said...

Mamak nyayuk pun kata kita tak pernah dijajah.

Tak kan mamak ni silap. Mamak belajar kat Singapura jadi doktor.

Tak kan doktor ni silap.

Kain tu bukan bendera Union Jack. Kain tu sebenarnya kain sarung bapa si mamak tu.

Anonymous said...

Wow bendera BRITISH cantik oo.