Wednesday, September 14, 2011

TUDUHAN BERAT!!! SU UMNO Bagan Serai tuduh ahli PAS sokong komunis

http://www.umnobaganserai.org/image/zulkarnain.jpgPARIT BUNTAR , 14 Sept. : Kenyataan Setiausaha Umno Bahagian Bagan Serai Zulkarnain Ismail (gambar) bahawa sesiapa yang menyokong kenyataan Mat Sabu dan PAS bermakna menyokong komunis terlalu berat kerana menguris hati ahli dan penyokong PAS terutama di daerah Kerian

AJK PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, Zulkarnain Ismail diminta menilai semula tuduhan bahawa PAS menyokong perjuangan komunis kerana dibuat berdasarkan putar belit media yang dikuasai Umno.

“ Zulkarnain sepatutnya memberikan hujah dengan memberikan fakta yang sahih kerana PAS sudah membuat kenyataan rasmi tidak menyokong perjuangan komunis.

“ Sepatutnya beliau merujuk kepada kenyataan rasmi dari Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai pendirian PAS. Sebaliknya, beliau menggunakan sumber berasaskan akhbar yang dikuasai Umno.” katanya mengulas kenyataan Setiausaha Bahagian Umno Bagan Serai itu dalam Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut Adnan , tuduhan Zulkarnain ini membawa maksud bahawa ahli dan penyokong PAS adalah menyokong komunis kerana mereka semua menyokong PAS.

“ Sepatutnya beliau berfikir sebelum membuat tuduhan seberat ini kerana tuduhan ini turut melibatkan kaum keluarga dan sahabai handai beliau yang menyokong PAS.

“ Janganlah kerana kepentingan politik kepartian, sehingga sanggup menuduh ahli dan penyokong PAS menyokong komunis” katanya

Sementara itu, seorang lagi AJK Pas Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad meminta Zulkarnain merujuk kepada isi ucapan ceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu yang tidak ada pun perkataan komunis yang disokong beliau.

“ Mohamad Sabu mengangkat nama Mat Indera sebagai ‘hero’ bukan menyokong komunis. Malah, ahli sejarah berbeza tafsiran mengenai ketokohan Mat Indera.

“ Setengah pendapat mengatakan beliau bukan komunis, sebaliknya , setengah pendapat yang lain menyatakan beliau adalah komunis” katanya

Hamdan berkata, PAS tidak pun menuduh ahli Umno sebagai penyokong komunis walaupun secara faktanya Umno membuat hubungan secara rasmi dengan Parti Komunis China (CPC)

“ Umno telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) Ogos 2010 yang lalu. Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani MoU mewakili Umno dengan pihak CPC.

“ Tuduhan PAS menyokong komunis dibuat tanpa fakta tapi hubungan Umno dengan parti komunis terbukti dibuat secara bertulis. Sungguhpun begitu, PAS tidak menuduh ahli Umno menyokong komunis sebagaimana tuduhan Zulkarnain terhadap ahli dan penyokong PAS” katanya

1 comment:

Anonymous said...

Dia ni 'Low class pya pemimpin atau ahli politik' lempak taik aje depan umah dia....