Thursday, September 8, 2011

Video : UMNO hipokrit


PARIT BUNTAR : Umno melalui bantuan media arus perdana yang dikuasai tidak ada etika kewartawanan dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

AJK PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

“ Malah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’

“ Mengikut Wikipedia ‘The People’s Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China” katanya

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs yang beragama Islam ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur.

“ Sedangkan, pejuang Uighurs ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang pada Julai 2009.

“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu, mereka yang ada hubungan dengan komunis tapi dituduhnya PAS menyokong komunis” katanya

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad kesal dengan tuduhan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai menyokong komunis hanya kerana beliau mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

“ Sedangkan , buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

“Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini” katanya

Hamdan yang juga pesara tentera berkata, buku ini membuktikan bahawa Umno melalui media kawalannya memutarbelitkan ucapan Timbalan Presiden PAS semata-mata untuk memburukkan PAS dan pimpinan PAS itu.

“ Mengapa Umno tidak menuduh Menteri Besar Johor juga menyokong komunis kerana mengiktiraf Mat Indera sebagai tokoh terbilang dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor.

“ Jelas, Umno menggunakan media kawalannya memutarbelit ucapan Timbalan Presiden PAS bertujuan menarik semula sokongan orang Melayu yang semakin kuat menyokong PAS” katanya

No comments: