Saturday, October 22, 2011

BUAT MALU!!!Gadis 21 tahun lebih matang dari Timbalan Presiden UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpQb9fTz2UrPgCH6kb5_RMEVe7t7i1-YPrFlDcdEhgPe9AH0uW0hnB8Jk8sbQQayvH9Um5rCpbdtGgIFb3tsuBzm3kbLMeyjivyDHcOcLDwrMtI8U64mtrcDVtn0CVyOaEiHgBYaYK03w/s200/muhyidin.jpgKUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.


“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” katanya.


Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran (gambar) mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.



“Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.

“Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita,” kata Surendran dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.

“Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi’,” kata Pua.

Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah “kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata.”

Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

“Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.

Meskipun Lim tidak perlu membuktikan apa-apa, kata Pua, Muhyiddin memilih untuk memberi ‘watikah’ kepada khabar-khabar angin dan memberi sokongan kepada “mutlak” kepada pemblog-pemblog Umno.

Katanya lagi, daripada melahirkan pendirian untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memilih untuk mempertahankan pihak terbabit.

“Beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh dan bukannya pada pihak yang difitnah dengan tidak adil,” kata beliau.

Pua juga berkata demi menjaga imej kerajaan, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri sewajarnya mengambil tindakan menghentikan tindakan-tindakan tidak waras dengan memberi teguran kepada timbalan beliau dan juga kesemua ahli partinya yang mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

“Jika tidak akan terbukti kepada rakyat Malaysia bahawa Umno sudah bankrap secara moral dalam usahanya mahu kekal berkuasa dalam apa jua cara pun termasuk menyerang kanak-kanak tidak berdosa,” kata beliau.

5 comments:

Anonymous said...

mohideen yang banggang ala sian dia

batu pelangi/BZ said...

Inilah 'standard'semua pemimpinx
UMNOYAHUDI yang dibanggakan oleh
ahlixnya yang tiada naiwaitu langsung untuk memerintah negara
dengan baik.Tujuan utama mereka
hanya membolot kekayaan negara
untuk keturunan anakcucu dan 'survival'politik.Jahanam UMNOYAHUDI!

mohd shahran said...

Kepada TPM, kasihanilah ayah n ibu. . Ayah seorang ulamak tersohor yang mendidik manusia dengan hadis fitnah itu lebih teruk dari membunuh. . Nak wat sesuatu ingtlah pesan ayah n ibu. . jangan sampai satu hari nanti orang kata ayah ulamak tapi anak. . . tak berjaya sang ayah mendidik anak

Anonymous said...

muhideen BAPAK FITNAH MALAYSIA, kesian mak/bapak nya dapat anak kaki fitnah

Anonymous said...

Mohideen ni dulu aku cukup respek,tetapi bila dia komen pasal orang lontar batu kat kereta Anwar,itu hak mereka sebab tak suka Anwar,saya dah tau dia ni tak layak jadi TPM atau PIEM.Aku tunggu peluang nak lontar batu kat kereta dia pulak sebab itu hak aku,sebab tak suka kat dia...akupun tak layak jadi PIEM