Saturday, October 29, 2011

Gema suara wanita tampil tiga tokoh wanita PR

PARIT BUNTAR , 29 Okt. : Majlis Makan Malam Gema Suara Wanita anjuran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama PAS Parit Buntar telah menampilkan tiga tokoh pimpinan wanita Pakatan Rakyat.

Penyelaras program Hamdan Fadel Ahmad berkata, ketiga-tiga pimpinan wanita berkenaan mewakili tiga parti PAS, PKR dan DAP.

“ Dr. Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja mewakili PAS, Fauziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan mewakili PKR dan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang mewakili DAP.

“ Peserta makan malam pastinya bertuah dapat mendengar ucapan mereka yang juga pimpinan tertinggi dalam parti masing-masing” katanya semasa ditemui selepas majlis makan malam berkenaan.

Hamdan berkata, majlis makan malam berkenaan diadakan bertujuan mengumpul dana pilihanraya untuk Jentera Pilihanraya PAS Parit Buntar .

“ Dana yang besar diperlukan PAS Parit Buntar bagi menghadapi pilihanraya ke 13.

“Majlis ini adalah salah satu usaha Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar membantu PAS Parit Buntar mengumpul dana pilihanraya” katanya

Menurut Hamdan, Ahli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh menjadi tumpuan kerana membentangkan kesan-kesan alam sekitar yang akan menimpa rakyat Kuantan sekiranya kilang nadir bumi Lynas di Gebeng diteruskan.

“ Beliau menerangkan secara terperinci tentang isu Lynas yang menjadi fokus penentangan Pakatan Rakyat mewakili rakyat di Kuantan.

“ Ramai yang keliru kerana media massa yang dikuasai kerajaan tidak memberikan gambaran sebenar isu berkenaan” katanya

Tambahnya, Dr. Siti Mariah dan Teo Nie Ching pula membicarakan ketidaktelusan yang berlaku dalam pembentangan bajet kerajaan BN.

Turut hadir dalam majlis makan malam adalah Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pimpinan PAS Parit Buntar.



Dr. Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja mewakili PAS



Fauziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan mewakili PKR



Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang mewakili DAP

No comments: