Thursday, October 13, 2011

KENYATAAN KHIR TOYO!!! Buat UMNO Selangor lemah semangat

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar) berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN.

“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu.

BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen.

Kerusi bandar

PKR pula menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen.

Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.

Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar.
Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.

kl-today

4 comments:

otaklunyai said...

Jangan dengar sangat calap2 syaitan tengah kelemasan tu... bila tengah terdesak ni apa pun dia boleh buat.. kalau suruh baca Al-Quran pun dia kata dia hafal 30 juzuk... hati2 bro... syaitan bertopeng manusia...

Anonymous said...

Klu dah kaki kedarah duit rakyat nak buat statement lg... org dah x percaya ooooiii. Just ignore je apa yg dia ngomel...

papaGoMore said...

kawasan hitam bagi BN bermaksud, kawasan yang tidak didaftarkan mat indo dan mat bangla sebagai pengundi.
Jahanamlah negara aku bila lebih lama UMNO kalah. Kekalahan UMNO beerti kegilaan UMNO untuk mengkhianati tanah air sendiri dengan memberi kerakyatan kepada warga asing.

Anonymous said...

Mulai saat ini rakyat selangor kena ade perasaan 'ANTI KAUM PENDATANG' anggaplah mereka ini sama dgn ahli2 umporno.... setiap gerakgeri mrk mesti kita awasi dan curiga, semasa PRU13 nanti mrk mesti diawasi jika didapati mengundi belasah aje..... mrk dikategorikan ,PENGUNDI HANTU' jom anti pendatang....