Tuesday, October 25, 2011

LAPORAN AUDIT!!! Prestasi kewangan Selangor meningkat, P.Pinang berjaya lupus 95% hutang ditinggal kerajaan BN


SELANGOR

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.


Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang".

Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

PULAU PINANG

Jika anda mahukan negeri yang benar-benar cekap, lihatlah Pulau Pinang.

Memang diakui dengan kepesatan pelaburan asing secara langsung (FDI) sejak tiga tahun lalu setelah menumbangkan rejim BN, Pakatan Rakyat berjaya juga melupuskan ratusan juta hutang yang ditinggalkan sejak merdeka hinggalah Koh Tsu Koon tumbang di Pulau Mutiara.


Hanya dalam tempoh TIGA TAHUN saja, lebih 95 peratus hutang yang ditimbun BN berjaya dilangsaikan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan slogan Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT).


Belum ada mana-mana negeri di Malaysia termasuk negeri yang diperintah Umno-APCO sejak merdeka berjaya mengurangkan hutang negeri kepada kerajaan persekutuan.


Johor misalnya, terus menambah hutang biarpun dimomokkan dengan kemasukan pelabur asing terutamanya dari Singapura yang merompak tanah di Iskandar Malaysia sejak dperkenalkan dua tahun lalu.


Dan Melaka juga tidak ketinggalan terus berhutang biarpun kununnya hasil pendapatan kerajaan negeri meningkat sejajar dengan kemasukan pelancong asing ke negeri itu sejak 2003.


Masing-masing menunjuk hebat semuanya berjaya tetapi mengapa terus berhutang sedangkan sepatutnya pendapatan yang diperolehi mestilah ada peratusan yang perlu digunakan untuk membayar kembali hutang kepada persekutuan?


Apa yang tidak kenanya di sini?


Apakah sehingga laporan Ketua Audit Negara perlu dibaca bersama-sama dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia serta laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, baru hendak kelam kabut?


Mengapa tidak melihat Pulau Pinang sebagai contoh terbaik melangsaikan hutang?


Mudah saja, sebab ia di bawah Pakatan Rakyat dan Najib sendiri pun tidak bertegas dengan menteri besar serta ketua menteri mengingatkan mereka supaya membayar hutang tertunggak jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil Pejabat Peguam Negara.


Itulah sebabnya Malaysia harus segera diselamatkan kerana jika terlambat, setiap rakyat terpaksa dibebani hutang akibat salah urus tadbir kewangan dan ketirisan yang berlaku sejak 54 tahun lalu.


JALAN PULANG



Belanjawan
2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.


"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa
2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac
2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre' di Batu Kawan.


"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

3 comments:

aidono said...

Ada apa dengan laporan odit.. bentanglah seberapa banyak.. dan seberapa tebalpun.... bukan ada apa2 tindakan yang dikenakan kepada setiap penyelewengan.. pung... pung .. pung.. pang bertikam lidah di parlimen.. senyap. Tahun depan tunggu lagi satu laporan keluar.... pung ... pang.. pung.. pang menjerit diparlimen macam orang utan.. pastu senyap

aidono said...

Ada apa dengan laporan odit.. bentanglah seberapa banyak.. dan seberapa tebalpun.... bukan ada apa2 tindakan yang dikenakan kepada setiap penyelewengan.. pung... pang .. pung.. pang bertikam lidah di parlimen.. senyap. Tahun depan tunggu lagi satu laporan keluar.... pung ... pang.. pung.. pang menjerit diparlimen macam orang utan.. pastu senyap

selagi mesia diperintah ameno.. inilah saja yang mampu dilakukan.... ada aku kesah

Anonymous said...

Umporno la ni dah jadi parti luar bandar (kata najib), org kpg bkn faham pun psl audit2 ni, depa kata kerajaan BN bagus byk duit... tu psl umporno bodohkan melayu tentang ekonomi... melayu cerdik ekonomi dh lama tolak umporno... kaki seleweng, membazir dan songlap.....