Monday, October 3, 2011

NONG CHIK FLIP FLOP!!! UMNO ingat Kampung Baru BAPAK dia punya

http://komunitikini.com/wp-content/uploads/2011/03/raja-nong-chik-federal-territory-minister-223x141.jpgPAS membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 - yang baru - tanpa perbincangan dengan pemilik tanah penempatan eksklusif orang Melayu itu.

Pagi tadi, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan Dewan Rakyat mengenai keputusan kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang sepatutnya dibaca kali kedua tetapi digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.


Tindakan itu mengejutkan banyak pihak khususnya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang awalnya menganggap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, meskipun pihaknya menyambut baik penarikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010, namun tetap kecewa dengan pembentangan undang-undang yang baru - disifatkan sebagai membelakangkan pandangan penduduk Kampung Baru.


“Walaupun rang undang-undang yang lama ini dimansuhkan pagi tadi, tapi tetap menggambarkan sikap kerajaan yang tak mengambil kira pandangan penduduk apabila membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang baru (2011),” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 tidak wajar dimasukkan tanpa menteri memanggil sekretariat bagi mendrafnya.


Justeru Salahuddin berkata, PAS akan mengambil masa paling singkat seminggu untuk meneliti Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 dan akan merujuk kepada panel peguam yang menguruskan isu Kampung Baru sebelum menyatakan sebarang pandangan.


“Kami belum ada masa untuk meneliti Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 kerana baru dibentangkan tadi. Kami melalui panel dan sekretariat akan meneliti dan akan kami ulas kemudian,” kata beliau dipetik Harakahdaily.


Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar mahu wakil penduduk Kampung Baru khususnya Lembaga Pentadbiran Kampung Baru dipanggil untuk membincangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.


“Kerajaan seharusnya sebelum membentangkan rang undang-undang ini, seharusnya ia dirujuk kepada penduduk Kampung Baru sebab ia khusus kepada penduduk Kampung Baru.


“Kalau terus bentang di Parlimen yang akan bahas bukan orang Kampung Baru, mesti tak dapat gambaran sebenar,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Salahuddin juga mencabar Raja Nong Chik membuktikan dakwaannya bahawa 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru.


“Kita cabar menteri dedahkan referendum yang diedar kepada penduduk itu dan betulkah 90 peratus setuju.


“Kalau betul 90 peratus setuju kenapa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik? Banyak perkara yang disembunyikan dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru,” katanya.


Raja Nong Chik dalam kenyataannya minggu lalu berkata sebanyak 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan akan meneruskan bacaan kali kedua.


Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan menggantikannya dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 dengan beberapa pindaan, termasuk mewujudkan lebih banyak wakil daripada kalangan penduduk kawasan itu.


Antara pindaan yang dibuat ialah mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kampong Baru daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah serta menambah keanggotaan Majlis Penasihat kepada perbadanan daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru daripada dua orang kepada enam orang.


Raja Nong Chik berkata jawatan Timbalan Pengerusi perbadanan itu akan bertindak membantu dan menyokong tugas pengerusi, selain menjadi wakil kepada penduduk Kampung Baru.


“Di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 diperuntukkan dua wakil daripada kalangan penduduk Kampung Baru, tetapi di bawah rang undang-undang baru ini wakil pewaris dan tuan tanah di kawaan itu ditambah empat lagi termasuk jawatan Timbalan Pengerusi,” katanya pada sidang media.


Mengenai 15 anggota Majlis Penasihat, termasuk jawatan pengerusi perbadanan itu, katanya perbadanan itu akan mempunyai enam orang anggota wakil penduduk Kampung Baru termasuk jawatan Timbalan Pengerusi.


Raja Nong Chik berkata di bawah rang undang-undang baru ini juga pandangan Majlis Penasihat perlu diambil kira oleh perbadanan itu berbanding rang undang-undang sebelum ini di mana pandangan Majlis Penasihat tidak memberi kesan kepada keputusan perbadanan.


Beliau berkata perubahan-perubahan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pemilik dan pewaris tanah serta badan-badan bukan keraaan (NGO) berkaitan dalam beberapa siri perbincangan yang diadakan sejak awal tahun lepas sehingga semalam.


“Perubahan-perubahan ini bukan bersikap kosmetik sahaja tetapi diambil kira pandangan-pandangan NGO seperti wakil daripada MAS (Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu), Persatuan Perbadanan Kampong Baru dan lain-lain.


Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dibacakan pada kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu dan ditangguhkan pembentangan untuk bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat Jun lepas ekoran protes pemilik tanah.


Raja Nong Chik berkata selain itu, kuasa perbadanan dalam menguruskan hal pengambilan tanah di Kampung Baru turut dikeluarkan daripada Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.


“Isu tanah sangat sensitif, saya fikir rundingan dan perbincangan sangat penting, mereka ada pelbagai rancangan. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum ia mestilah dibangunkan secara komprehensif.


“Inilah di mana perbadanan akan memainkan peranan untuk memudahkan syarikat berkaitan kerajaan yang dipilih untuk membangunkan tanah itu,” katanya ketika ditanya cara yang akan digunakan kementerian itu dalam membangunkan tanah di Kampung Baru.

2 comments:

Anonymous said...

Hanya 28 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dimana yang lain-lain..

Semasa kempen nak jadi calon ahli Parlimen masing-masing berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengundi,, tetapi bila dah dapat kerusi, dah jadi ahli yang berhormat, segala janji hilang entah kemana,, kemana... dah jemu atau dah tak berminta lagi nak jadi ahli yang berhormat...

Ini adalah kali kedua kes seumpama begini berlaku, kali pertama dahulu semasa pengesahan bajet belanjawan,, Bn hanya dapat majoriti terlalu kecil, bayangkan kalau ahli parlimen PR semuanya hadir...

Kali ini pun masih berulang kali kedua,,, apa cerita ni,,, hampeh... hanya 28 orang sahaja yang hadir.., yang kemana,,,, jadi YB bukan percuma,,, ada elaunkan,,, elaun tibai....

Anonymous said...

MP Pakatan Rakyat Ponteng sidang parlimen....KHIANAT AMANAH RAKYAT!!