Wednesday, October 12, 2011

SERVEY TERKINI!!! Inilah sebabnya Indon,Bangla, Siam didaftar sebagai pengundi di Selangor


SHAH ALAM 12 OKT : Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor mendahului tahap kepuasan hati dalam satu tinjauan perbandingan lima pentadbiran di Semenanjung Malaysia termasuk kerajaan persekutuan yang dikendalikan firma kaji selidik UMR.

Dari seribu pengundi berdaftar yang dibanci, 67 peratus responden berkata mereka sangat berpuas-hati dengan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.

Sekadar 26 peratus tidak berpuas-hati dengan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor.

Meskipun corak kepimpinannya dilaporkan menjadi pertikaian kawan dan lawan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus meraih sokongan positif setinggi 52 peratus responden.

Malah Abdul Khalid lebih diyakini dikalangan responden di Selangor dan Kuala Lumpur berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Perbandingan Pentadbiran

Cerapan populariti mengikut etnik menunjukkan Abdul Khalid disokong 48 peratus pengundi Melayu, dan 50 peratus pengundi berbangsa Cina, disebalik pelbagai kritikan terhadapnya mutakhir ini.

Keyakinan mereka turut diperkuatkan 59 peratus pengundi Melayu Selangor.

Tinjauan dibuat antara 22 Ogos hingga 15 September tahun ini meliputi negeri Selangor, Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembentangan yang dibuat memberi penekanan kepada 9 perkara antaranya kepimpinan, situasi ekonomi dan prestasi urustadbir.

Sementara itu, sokongan kaum Hawa kepada Tan Sri Khalid mencecah 43 peratus, manakala 58 peratus kaum Adam menyakini kepimpinan beliau.

Yang lebih memberangsangkan, tokoh korporat ini menjadi pilihan 45 peratus responden berumur antara 21 hingga 29 tahun. 50 peratus responden antara 30 hingga 39 peratus turut yakin, begitu juga 50 peratus responden yang berumur 40 tahun dan keatas.

TV Selangor masih berusaha untuk mendapatkan tahap kepuasan hati terhadap barisan kepimpinan negara yang lain. Setakat ini apa yang pasti, penyokong Abdul Khalid merentasi status pendidikan.

Dalam tinjauan yang sama, corak buang undi dalam pilihanraya umum akan datang dijangka menyebelahi Pakatan Rakyat.
Yang memilih Pakatan Rakyat meningkat lebih 1.5 peratus, dan 51.5 peratus responden berkata Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.

Di empat negeri terbabit, corak pengundian dijangka menunjukkan kekutuban yang ketara. 73 peratus dan 78 peratus pengundi Cina dan India pasti memilih Pakatan Rakyat, manakala 69 peratus pengundi Melayu berkata mereka mungkin memilih Barisan Nasional.

Sentimen Terhadap Abdul Khalid Meskipun Abdul Khalid popular di kalangan wanita, umumnya Pakatan Rakyat masih perlu menggembleng sokongan kaum Hawa. Hanya 44 peratus responden wanita di semua negeri mahu memilih Pakatan Rakyat. Kaum Adam bagaimanapun positif. 56 peratus responden lelaki menyokong Pakatan Rakyat.

Tinjauan UMR juga mendapati Pakatan Rakyat mendapat tempat di kalangan komuniti pemuda dan dewasa 30 hingga 39 tahun. Di sudut ekonomi pula, PR memukul rata sokongan di kalangan responden yang berpendapatan antara RM3001 hingga RM5000, RM5001 hingga RM10,000 dan RM10,000 keatas.

Rakyat Selangor dijangka mahu Selangor terus menjadi templat reformasi melihat kepada sokongan lebih 57 peratus.

1 comment:

otaklunyai said...

Amnoo... Pengkhianat Negara No 1..