Saturday, October 8, 2011

UMNO TERDUDUK!!! Bekas Pengarah Pendidikan Negeri dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM sertai PAS

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.

"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

5 comments:

Lebai Malang said...

..kesian mereka berdua tu, bila dah pencen baru insaf diri. Baguslah kerana masih belum terlambat tapi adakah dgn menjadi ahli PAS dapat tebus segala dosa sekiranya ada. Niat biar betul beb..Selagi PAS masih jadi barua DAP dan DSAI, jangan diharap mereka dapat membela Islam..kalau mereka berhasrat nak jadi calon untuk PRU 13 bagi mengisi masa lapang zaman pencen, mungkin PAS pertimbangkan.

Anonymous said...

lebai malang.....hahah.....memang malang la kau ni.....apa yg x kena jika mereka berdua masuk PAS....hahahha....dangkal betul r pemikiran kau ni....

Anonymous said...

Memang MALANG LEBAI SEKOR NIE, dah la MALANG, BODOH DAN BAHGAL PULAK TU. BILA MASA MASUK PAS BOLEH TEBUS DOSA MACAM AGAMA KRISTIAN BOLEH TEBUS DOSA MELALUI PADERI DIA.

KEPADA LEBAI MALANG HANG MEMANG SESUAI JADI AHLI/PENCACAI/PARIAH umNGOK DULU KINI DAN SELAMANYA BAHGAL DAN JAHIL.

-wakleman

Kahak Hijau said...

Setelah puas bodek UMNO untuk naik pangkat ketahap maksimum, dan bila dah pencen baru tersedar yg UMNO tu 'busuk'..PATI Indonesia pun tidak pernah hina Malaysia tempat dia cari makan..apa lagi berak ditempat kerja.

Anonymous said...

untung2 pru 13 ble jadi calon paeh